Sekitar Peluncuran Karya Terbaharu YB TMA, di PBAKL 2025

YB TMA Luncurkan 7 Buku Agama Terbitan DBP, di WTC KL
May 30, 2025
YB TMA & Mufti Wilayah Iringi KSN, YB Menteri Agama & Jemaah Haji Malaysia di KLIA
May 30, 2025
YB TMA Luncurkan 7 Buku Agama Terbitan DBP, di WTC KL
May 30, 2025
YB TMA & Mufti Wilayah Iringi KSN, YB Menteri Agama & Jemaah Haji Malaysia di KLIA
May 30, 2025
Show all

Sekitar Peluncuran Karya Terbaharu YB TMA, di PBAKL 2025

Alhamdulillah, Majlis Peluncuran buku “The Future of Islamic Finance: Beyond Legalism and Shari’ah Compliance” telah berlangsung dengan jayanya. Dato’ Profesor Dr. Ashraf Md.Hashim, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia secara rasminya meluncurkan buku ini.

Saya sengaja memilih Pengerusi MPS BNM sendiri untuk peluncuran, kerana yakin bahawa MPS BNM boleh dan mampu meneraju dan memacu perubahan yang diaspirasikan. Turut hadir, Prof Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, Puan Hariza Mohd Yusof, Penerbit USIM, Haji Khair Ngadiron, Pengerusi Pengelola PBAKL dan sahabat-sahabat lain.

Walaupun saya sudah banyak menerbitkan buku-buku dengan penerbit tempatan dan antarabangsa, ini merupakan kali pertama saya menerbitkan buku bersama Penerbit USIM. Saya akui kualiti dan khidmat penerbitan adalah profesional.

Setinggi penghargaan kepada Affin Islamic Bank khususnya Ustaz Faiz, Ustaz Luqmanul Hakim dan sahabat-sahabat Affin Islamic. Affin Islamic sudi menaja dan memberikan sumbangan bersempena majlis peluncuran buku.

Saya pernah berkhidmat sebagai penasihat Syariah di Affin Islamic selama 9 tahun. Banyak juga inovasi dilaksanakan untuk menterjemahkan idea yang diaspirasikan. Majlis diikuti dengan bual bicara buku ini dimudahcarakan oleh sahabat saya, Prof. Nuradli Ridzwan Shah.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support