
Ibrah Ibadah Haji oleh PMX, di Puspanitapuri
May 29, 2025
YB TMA Rasmikan Anugerah IDEA 2025; Iktiraf Usahawan Berorientasikan Prinsip Syariah
May 30, 2025












Sudah agak lama tidak ke udara bersama TV Alhijrah. Saya berkesempatan untuk mengisi slot khas “Fiqh al-Taayush: Harmoni Dalam Kepelbagaian”. Juga ditemubual berkenaan isu semasa.
Sebelum ini, saya pernah tampil dalam slot khas Fiqh Awlawiyat untuk beberapa siri. Ada lah sedikit pengalaman masuk TV. Moga ada manfaatnya, insya-Allah.










Saya sempat hadir ke hari pertama PBAKL 2025 di WTC KL yang sangat meriah. Sempat singgah sebentar dan meronda reruai buku PBAKL kali ini. Ada beberapa karya lama dan baharu tulisan saya – yang turut boleh didapati di PBAKL 2025.
Juga mempromosi Pavilion al Falah, reruai buku bagi semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama). Bertemu dengan Pengerusi Pengelola PBAKL dan CEO Kota Buku serta para penggiat sektor buku negara.
Saya juga di bawa bertemu dengan pimpinan ASEAN Book Publisher Association yang sedang bermesyuarat dipengerusikan Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu PBAKL bukan hanya tempat untuk mendapatkan buku, tetapi menyediakan platform untuk penggiat buku seperti penerbit, penulis, pencetak, pembuat dasar dan lain-lain dalam dan luar negara.
Ini penting untuk mengembangkan lagi sektor perbukuan negara agar lebih mendunia.
Saya sempat bersuai kenal dengan ramai penggiat buku ini dari pelbagai negara dan menyaksikan bagaimana perundingan untuk membawa karya tempatan ke peringkat antarabangsa, begitu juga sebaliknya. Ini melibatkan aktiviti penterjemahan, penerbitan, percetakan, hak cipta dan sebagainya dengan penggiat buku luar negara.
Jom ke PBAKL 2025, dan jadikan membaca sebagai budaya kita semua! 📚📖

















Terdahulu, singgah sebentar – merasmi dan meraikan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru di SMA Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan. Saya rasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024, dan Mesyuarat Agung PIBG sekolah cemerlang tersebut.
Bahagia melihat wajah ceria warga sekolah dan ibu bapa.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





