P. Ramlee, Genius Seni Melayu – YB TMA

Sekitar Pelancaran Buku & Perasmian Pavilion Al-Falah, di PBAKL 2025
May 31, 2025
YB TMA Tampil Dalam Perbincangan Kumpulan Sasar Projek Dasar Halal Negara 2035, di Putrajaya
June 1, 2025
Sekitar Pelancaran Buku & Perasmian Pavilion Al-Falah, di PBAKL 2025
May 31, 2025
YB TMA Tampil Dalam Perbincangan Kumpulan Sasar Projek Dasar Halal Negara 2035, di Putrajaya
June 1, 2025

Meluncurkan buku “P. Ramlee Genius Seni Melayu” karya Dr. Baharudin Ali Masrom Al-Haj dan Puan Baizatul Hanim Abu Bakar. Turut hadir sebagai panelis ialah seniman yang berjasa, Dato’ Imuda dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh.

Saya meminati lakonan dan gaya lukisan Imuda yang cukup kreatif. Majlis lebih meriah dengan penampilan istimewa Sazali P. Ramlee, iaitu anakanda Almarhum Tan Sri P. Ramlee.

Semasa ucapan, saya cuba menyingkap dan mengulas sisi dakwah dan pemikiran P. Ramlee dalam lagu, filem dan karakternya. Ada setengah pandangan yang menyatakan P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh pernah belajar dengan Syeikh Abdullah Fahim dan Syeikh Muhamad Tahir Jalaludin.

Semasa mudanya, pernah menjadi bilal di Masjid Kampung Jawa, Georgetown sekitar 1946-1948. Lagu-lagu berunsur dakwah seperti Rukun Islam, Dendang Perantau, Di mana Kan Kucari Ganti, Jeritan Batinku, Keadilan, dan Tiada Kata Seindah Bahasa menyentuh hati dengan kesetiaan, kemanusiaan dan kerohanian.

P. Ramlee juga memasukkan elemen qasidah dan lirik berunsur kerohanian dalam lagu-lagunya.

Filem seperti Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapuk, Anak Bapak, Tiga Abdul, Ahmad Albab dan banyak lagi mempunyai banyak mesej dakwah dan kritikan sosial masyarakat.

Dicatatkan P. Ramlee pernah memujuk Shaw Brothers untuk jadikan berek kosong rumah bintang filem di Boon Teck Road sebagai surau untuk solat dan belajar mengaji anak-anak artis.

Menarik kisah hidup seorang genius bernama P. Ramlee – yang hanya sempat berkarya sehingga umur 44 tahun; tetapi telah meninggalkan legasi yang hebat.

Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support