
YB TMA Hadiri Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2025, Di Kelantan
June 24, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Hormat NGO Turkiye, Bincang Isu Gaza & Syria
June 26, 2025





Alhamdulillah, terbaik YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Penuh hikmah dan kematangan.
Sewaktu menjadi pentadbir di beberapa buah universiti, saya juga pernah melalui situasi yang hampir sama satu waktu dulu dengan pelajar dan mengambil keputusan yang sama. Pengajian anak muda ini adalah sangat penting dan perlu diutamakan. Kita cuba bimbing anak-anak ini sedayanya.




Saya ada menulis mengenai falsafah gerakan mahasiswa. Juga buku mengenai Kesatuan Pelajar, Naratif Baharu Gerakan Mahasiswa. Pesanan saya satu waktu dahulu kepada mahasiswa.
“Naratif baharu aktivisme mahasiswa bukan hanya perlu ada semangat dan tenaga tetapi mesti diiringi dengan kekuatan intelektual, penguasaan ilmu pengetahuan, ketinggian adab, budi dan hikmah serta berjiwa besar dan terbuka.”
Diiringi doa. Moga anak muda mahasiswa Malaysia terus beraktivisme dengan ilmu, adab dan budi.
Boleh baca artikel saya berkenaan mahasiswa, baca di sini.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah





