YB TMA Rasmikan Bootcamp Pemimpin Masa Hadapan Kewangan Islam 2025, anjuran INCEIF University

YB TMA Terima Kunjungan Hormat NGO Turkiye, Bincang Isu Gaza & Syria
June 26, 2025
Perlawanan Persahabatan YB TMA FC & Mufti Wilayah FC Berlangsung Penuh Ceria & Semangat Kesukanan!
June 26, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Hormat NGO Turkiye, Bincang Isu Gaza & Syria
June 26, 2025
Perlawanan Persahabatan YB TMA FC & Mufti Wilayah FC Berlangsung Penuh Ceria & Semangat Kesukanan!
June 26, 2025
Show all

YB TMA Rasmikan Bootcamp Pemimpin Masa Hadapan Kewangan Islam 2025, anjuran INCEIF University

Merasmikan Islamic Finance Future Leaders Leadership Bootcamp 2025 (Bootcamp Pemimpin Masa Hadapan Kewangan Islam 2025) anjuran INCEIF University di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Pelajar tahun akhir terpilih daripada 11 universiti seluruh negara mengikuti program ini.

Peluang keemasan untuk anak-anak ini menimba ilmu dengan tokoh kewangan tersohor negara. Walaupun tidak lagi terlibat secara langsung dengan sektor kewangan Islam, minat dan semangat terus membara untuk melihat ia berkembang dengan lebih meluas di Malaysia dan peringkat dunia.

Saya tegaskan bahawa Pelan Transformasi Al-Falah yang melibatkan penyelarasan sistematik zakat, wakaf, halal, dan pengurusan ibadah haji telah memperkasa ekonomi dan peranan institusi Islam di Malaysia. Pelan strategik nasional bersepadu yang membabitkan 14 agensi agama ini telah meletakkan kerajaan di landasan yang betul sehingga diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Saya nyatakan, “Sekarang ini, kita mempunyai Pelan Transformasi Al-Falah untuk memperkukuh keseluruhan ekosistem ekonomi Islam, termasuk sektor halal. Kita juga sedang merangka Dasar Halal Negara dan berusaha memperkukuh sektor halal yang sangat berkait rapat dengan ekonomi kewangan Islam.

Kerajaan berada di landasan yang betul; kita sudah mempunyai dasar dan perancangan yang kukuh. Ekosistem agensi juga telah lengkap, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi ‘Global Islamic Economic Indicator’ sebagai yang terbaik di dunia.”

Saya juga jelaskan bahawa tumpuan turut diberikan kepada pemodenan sistem zakat dan wakaf melalui pendekatan digital dan tadbir urus yang lebih cekap dan telus. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti INCEIF, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Tahniah INCEIF atas inisiatif yang sangat baik ini.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support