
YB TMA Tampil Dalam Sidang Meja Bulat Dakwah Komuniti Islam, di IAIS
July 1, 2025
Sekitar Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M Peringkat Kebangsaan, di MITEC, KL
July 1, 2025










Alhamdulillah, saya hadiri Majlis Bacaan Yaasin, Doa Akhir dan Awal tahun sempena 1 Muharam 1447H bersama lebih 1,000 orang jemaah – yang telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kekuatan iman, dan semangat untuk terus membangun ummah Madani, insya-Allah.




Saya ke KLIA untuk menyambut kepulangan anakanda dari perantauan. Sudah beberapa tahun tidak pulang ke tanah air – kerana bermusafir untuk menuntut ilmu di negeri orang.
Kebetulan terjumpa selebriti yang sedang sohor kini, Sdra. Syah dan Sdra. Rahim dari kumpulan Inteam. Sdra. Syah juga popular sebagai watak suara ‘Ustaz Musa’ dalam ‘Omar dan Hana’. Mereka dalam urusan kerja dan permusafiran ke Algeria.
Bangga dengan para pejuang nasyid yang konsisten memperjuangkan irama nasyid – demi umat.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah