
Ukhuwwah Merentasi Lautan: Aktivis Pulau Kokos Bertamu di Malaysia
July 9, 2025
Jalinan Kasih Chow Kit: YB TMA Santuni Lebih 100 Asnaf Bersama JaPenSWP
July 13, 2025



















Alhamdulillah, saya hadir ke Majlis Perhimpunan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Edisi Bulan Julai 2025 dengan tema “Hijrah Institusi Memperkasa MADANI”. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Kanan, dan Pengarah-pengarah YADIM negeri dan lain-lain.
Saya kongsikan secara ringkas ibrah Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam dalam konteks dakwah kontemporari. Cabaran dakwah pada era Pasca Normal yang serba kompleks, ketidaktentuan dan kekaburan.
Dakwah memerlukan hijrah dan transformasi dari sudut pemikiran, kaedah dan pendekatan serta pelaksanaan dan strategi. Majlis turut menyampaikan beberapa anugerah kepada warga YADIM.
YADIM turut menerima pengiktirafan dengan laporan audit bersih dan cemerlang oleh Audit Luar. Tahniah YADIM. Diiringi doa setulusnya.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪 Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah





