YB TMA Sampaikan Syarahan Madani Kepada Pentadbir Muda IPT di AKEPT

Jalinan Kasih Chow Kit: YB TMA Santuni Lebih 100 Asnaf Bersama JaPenSWP
July 13, 2025
YB TMA Bakal Tampil Dalam Festival Turath Islami Selangor 2025 (FTIS25)
July 14, 2025
Jalinan Kasih Chow Kit: YB TMA Santuni Lebih 100 Asnaf Bersama JaPenSWP
July 13, 2025
YB TMA Bakal Tampil Dalam Festival Turath Islami Selangor 2025 (FTIS25)
July 14, 2025
Show all

YB TMA Sampaikan Syarahan Madani Kepada Pentadbir Muda IPT di AKEPT

Alhamdulillah, saya sampaikan Syarahan Madani, sewaktu Sesi Wacana dan Dialog Minda Madani di Program Karisma Pemimpin Muda Madani (Pentadbir Muda IPT) di AKEPT, Negeri Sembilan. Peserta terdiri daripada pentadbir muda dari Universiti Awam dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

Adalah menjadi satu penghormatan buat saya untuk berkongsi pandangan bersama para pentadbir muda IPT yang bakal menjadi tonggak kepimpinan institusi masing-masing.

Universiti mempunyai peranan dan fungsi tersendiri antaranya intelektual, sosial dan pendidikan. Warga universiti dari segenap lapisan mesti berusaha sedayanya memainkan peranan ini sebaiknya.

Sesi dialog kali ini sangat interaktif dengan pelbagai soalan dan pandangan diberikan oleh peserta. Saya cuba menjawab dan memberikan pencerahan sewajarnya. Semua nampak bersemangat untuk berkhidmat sebaiknya.

Turut diadakan, sesi Dialog bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Beliau menegaskan bahawa usaha memperkukuh pentadbiran IPT memerlukan pemimpin muda yang tidak hanya berilmu dan berkemahiran, tetapi juga berjiwa besar, berintegriti serta memiliki semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap institusi masing-masing.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Timbalan Pengarah (Pusat Pembangunan Kepimpinan) AKEPT, Prof. Madya Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman; Timbalan Pengarah (Pusat Pengurusan Bakat) AKEPT, Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah Abdullah; serta Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Abdul Razak Sabtu.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support