
YB TMA Adakan Pertemuan Bersama Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA), Di Putrajaya
July 15, 2025
Sekitar Pelepasan Kembara Zakat Kebangsaan 2025, Di Putrajaya
July 15, 2025










Masya-Allah, tatkala merasa bahagia dengan kehadiran serta Siri Jelajah Syeikh Saad Nomani (Tokoh Qari Antarabangsa) ke pelbagai lokasi di seluruh negara, rasa cukup senang dengan ramainya pencinta ilmu yang hadir ke Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam.
Apa lagi dengan lautan umat Islam daripada pelbagai latar belakang yang membanjiri bayan Maulana Tariq di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Syukur, majlis ilmu sangat subur pada era Madani. Tahniah kepada semua yang terlibat!






Tanpa mengira fahaman dan ideologi, kita semua seharusnya bersatu hati mengimarahkan majlis-majlis ilmu, dan menyebarkan kebaikan serta keharmonian sesama Muslim. Kepada yang berkelapangan, jom imarahkan masjid-masjid kita, sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan dan aktiviti keagamaan! 🕌
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





