
Sekitar Pelepasan Kembara Zakat Kebangsaan 2025, Di Putrajaya
July 15, 2025
Sesi Taklimat Soalan dan Jawapan Parlimen, di Kompleks Islam Putrajaya
July 17, 2025






Pertemuan bersama Syeikh Saad Nomani setelah dua minggu beliau berprogram dan berkunjung ke masjid-masjid terpilih seluruh negara. Sambutan yang sangat menggalakkan di semua masjid dan tempat yang dikunjungi. Merasa sungguh terharu apabila Syeikh menghadiahkan jubah istimewa (bisht) dan menyarungkannya sendiri kepada saya.
Syukur alhamdulillah, program Syeikh di Malaysia yang dirancang beberapa bulan lalu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semasa kunjungan Syeikh di pejabat saya, kini dilaksanakan dengan jayanya.
Pertemuan ringkas dan santai waktu itu menghasilkan program 2 minggu Syeikh di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.



















Program bersama Syeikh menekankan aspek penghayatan al Quran. Syeikh menawarkan bimbingan bacaan al Quran serta panduan untuk menarik minat masyarakat untuk menghidupkan Masjid dan surau dengan al-Quran.
Kami berbincang untuk meneruskan program di masa depan yang lebih berimpak. Syeikh sangat merendah diri dan sentiasa mesra dengan semua pihak serta bersemangat untuk meneruskan misi seterusnya.
Syeikh akan meneruskan kunjungan beliau di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, serta negara Eropah yang lain. Diiringi doa setulusnya. Terima kasih ABIM dan semua.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani




