
Mengenang Almarhum Dr. Muhammad Nur Manuty – Ilmuwan Wasatiyyah yang Dirindui
July 30, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Walimatul Urus Cucu Almarhum Ustaz Fadzil Noor
July 30, 2025














Alhamdulillah, meneruskan Riadah Madani menerusi perlawanan persahabatan antara TMA FC menentang Munsyid Malaysia. Munsyid atau Majlis Usahawan Nasyid Malaysia adalah pertubuhan yang bergiat aktif bersama penggiat nasyid di Malaysia.
Ada penggiat nasyid yang senior dan ramai juga artis nasyid muda terlibat aktif bersama Munsyid. Dengan semangat #RinduNasyid, seronok dapat bertemu para penasyid senior yang saya ikuti sedari dulu, selain penasyid muda yang teguh mengangkat irama kerohanian.
Ada juga Timbalan Presiden Munsyid yang juga Pengurus Kandungan Radio Zayan, Sdra. Wan Syahrul Amry Wan Mansor selain Anas Tahir, Afad (ex Raihan), Akbar (ex Brothers), Mestica, dan ramai lagi.
















Suasana sangat meriah. Ramai sungguh yang hadir bermain dan menghidupkan suasana. Ramai juga yang bawa keluarga masing-masing. Perlawanan berlangsung dengan penuh ukhuwah dan semangat kesukanan.
Turut hadir memperkuatkan pasukan kami adalah Farid Dewan, Khushairi Aizad, Amir Abada Tawfik Ahmed Bahnasy, Along Mirwana, Naim Mirwana, Mad Zawfan dan ramai lagi pemain lain yang terdiri daripada petugas JPM (Hal Ehwal Agama).
Pempengaruh, Mat Luthfi kali ini memilih untuk menyarung jersi Munsyid, setelah beberapa kali bersama TMA FC. Pasukan TMA FC terpaksa menempuhi perlawanan sukar untuk menewaskan pasukan Munsyid yang beraksi cemerlang.








Saya berjaya menjaringkan satu gol sahaja kali ini, cukup untuk membawa mata penuh dan mengekalkan rekod kemenangan, alhamdulillah. Terima kasih Munsyid dan semua. Terbaik! Jom riadah; barulah selesa nak beribadah!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





