Diplomasi MADANI: PMX & Abdullah Gul Teguh Bela Palestin

Wacana Dakwah TVET: Multaqa MADANI PolyCC Bawa Sinergi Ilmu & Akhlak – YB TMA
October 15, 2025
YB TMA Rasmikan Seminar Inspirasi Wanita MADANI
October 15, 2025
Wacana Dakwah TVET: Multaqa MADANI PolyCC Bawa Sinergi Ilmu & Akhlak – YB TMA
October 15, 2025
YB TMA Rasmikan Seminar Inspirasi Wanita MADANI
October 15, 2025
Show all

Diplomasi MADANI: PMX & Abdullah Gul Teguh Bela Palestin

Alhamdulillah, berbesar hati mendapat peluang untuk turut serta sesi pertemuan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama TYT Abdullah Gul, Mantan Presiden Republik Turkiye dan isteri. 🇲🇾🇹🇷🇵🇸 Saya mendengar dengan penuh khusyuk perbualan PMX dengan TYT Abdullah Gul. Hubungan yang begitu akrab seperti keluarga.

PMX berbincang mengenai isu Palestin dan perkembangan terkini Sumud Nusantara Flotilla dan Freedom Flotilla Coalition.

Sebagai Penaung Sumud Nusantara, PMX memaklumkan mengenai usaha-usaha giat yang dilakukan – termasuk menghubungi Presiden Turkiye, Perdana Menteri Qatar, Presiden Mesir, dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat untuk membantu sukarelawan Malaysia yang telah diculik di perairan antarabangsa.

Banyak juga cerita menarik antara PMX dengan Abdullah Gul yang boleh dikongsikan. Saya menyaksikan sendiri TYT Abdullah Gul mengesahkan cerita bagaimana usaha beliau dan pemimpin negara yang lain untuk mencalonkan PMX sebagai Setiausaha Agung PBB.

Abdullah Gul menyatakan bahawa ketika itu adalah peluang terbaik untuk mencalonkan seorang Muslim yang berwibawa sebagai Setiausaha Agung PBB. Namun, PMX menolak dengan terhormat kerana memilih untuk berbakti dan berkhidmat kepada negara.

Akhirnya, Ban Ki-Moon telah terpilih sebagai Setiausaha Agung PBB. Maka setiap kali melihat Ban Ki-Moon, TYT Abdullah Gul menyatakan bahawa akan teringat kepada PMX yang sepatutnya memegang jawatan tersebut. Saya terus belajar seni diplomasi. Hubungan akrab persahabatan sejati antara pemimpin dua negara.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support