
Diplomasi MADANI: PMX & Abdullah Gul Teguh Bela Palestin
October 15, 2025
YB TMA Hadiri Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun Inteam
October 15, 2025





Menyampaikan Ucaptama di Majlis Perasmian Seminar Inspirasi Wanita MADANI anjuran Pertubuhan SALWA Malaysia. Ramai yang hadir ke Seminar dua hari ini dari seluruh Malaysia. Semuanya nampak bersemangat dan ceria.
Selalunya sejarah dan masyarakat bercerita tentang sejarah orang-orang besar. Tetapi kali ini saya mulakan ucapan dengan cerita orang kecil tetapi paling besar dan berpengaruh dalam hidup saya.
Saya kongsikan kisah bonda saya yang tercinta, Almarhumah Rabeah Binti Khalid yang membentuk keperibadian, pemikiran dan jiwa saya. Walaupun tidak berpendidikan tinggi, bondalah insan pertama mengajar al-Quran, mendidik tentang ilmu, amal, adab dan hikmah.
Bonda menoreh getah, membuat kuih putu perak, menjahit tekat sulaman benang emas, menganyam tikar mengkuang dan pelbagai kerja lain untuk membantu Ayahanda menambah pendapatan keluarga.
Bonda mengajar al-Quran kepada anak-anak jiran dan penduduk sekitar secara percuma. Mengabadikan hidupnya untuk keluarga dan memberi manfaat kepada orang lain.
Kesemuanya itu, menjadi inspirasi kepada saya dan inilah antara ciri wanita Madani. Kisah orang kecil sebegini jarang diceritakan dan saya pasti ramai lagi kisah-kisah orang kecil menginspirasi yang boleh dikongsikan.







Kemudian, saya mengupas peranan wanita dalam sejarah Islam termasuk pengaruh wanita dalam sektor korporat, pendidikan dan politik kontemporari. Dalam era pasca normal, cabaran adalah sangat getir dan kompleks. Ia memerlukan persiapan dan persediaan yang menyeluruh dan menangani zaman.
Ledakan dunia teknologi AI, digital, medsos, geo-politik dan politik yang serba ketidaktentuan, kemanusiaan yang semakin hilang dan luntur menuntut kepada islah dan tajdid serta pendekatan baharu yang segar dan progresif.
Wanita masa kini perlu memainkan peranannya yang tersendiri untuk memacu perubahan yang didambakan.
“If you educate a man, you educate an individual. But if you educate a woman, you educate a nation“. (James Emmanuel Kwegyir-Aggrey)
Tahniah SALWA dan semua. Terus kerja, demi umat! ✊Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani