
Langkah Bersama untuk Palestin: Strategi Madani, Solidariti Abadi
October 17, 2025
YB TMA Teruskan Momentum Solidariti Gaza; Kali Ini di Sandakan, Sabah
October 21, 2025
























Alhamdulillah, pada 16 Oktober 2025, saya hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam sempena Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) di Dewan MITC Ayer Keroh, Melaka – menghimpunkan ribuan hadirin dan tokoh Islam dari Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura bagi membincangkan tema “Islam Mekar di Bumi Nusantara”, sebagai simbol penyatuan ummah dan kekuatan Islam serantau.
Majlis yang dirasmikan oleh TYT Tun Mohd Ali Rustam ini menonjolkan komitmen Melaka sebagai hab halal dan spiritual, memperkukuh dakwah serta persaudaraan Islam di rantau Nusantara.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Okhna Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

























Pada 17 Oktober 2025, saya hadiri Majlis Makan Malam Menteri Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) ke-21 bertemakan “Semanis MABIMS Seharum Serantau”. MABIMS mengadakan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama iaitu Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Kali ini turut hadir wakil Kemboja.
Pada 18 Oktober 2025 pula, YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh bersama para Menteri Agama MABIMS dalam Majlis Makan Malam Gala MABIMS Ke-21. Moga MABIMS terus utuh dan ukhuwah kian diperkukuh, insya-Allah.



























Saya hadir ke Melaka International Halal Festival (MIHF) 2025 pada 18 Oktober 2025. Datang awal untuk meluangkan masa melawat reruai-reruai agensi khususnya JPM (Hal Ehwal Agama) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Ramai yang hadir dan sangat meriah.
MIHF 2025 mencatat penyertaan luar biasa apabila lebih 400 pempamer dari dalam dan luar negara mengambil bahagian, berbanding hanya 250 pada tahun lalu. Festival tahunan yang berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober di MITC, Ayer Keroh itu turut menyasarkan 100,000 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM10 juta.
Terus kerja, demi umat! ✊Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
📸 Shafiq (Media YB TMA)





