YB TMA Teruskan Momentum Solidariti Gaza; Kali Ini di Sandakan, Sabah

YB TMA Tampil Di Festival Halal Antarabangsa Melaka 2025 (MIHF’25)
October 21, 2025
Menyulam Damai di Bumi Bergolak – Malaysia Jadi Jambatan Keamanan Dunia
October 22, 2025
YB TMA Tampil Di Festival Halal Antarabangsa Melaka 2025 (MIHF’25)
October 21, 2025
Menyulam Damai di Bumi Bergolak – Malaysia Jadi Jambatan Keamanan Dunia
October 22, 2025
Show all

YB TMA Teruskan Momentum Solidariti Gaza; Kali Ini di Sandakan, Sabah

Alhamdulillah, ribuan yang hadir di Himpunan Solidariti Palestin di Sandakan, Sabah. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ Suasana sungguh meriah dan bersemangat. Dimulakan dengan solat berjemaah dan diikuti dengan persembahan dan ucapan.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin dan YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang berkebetulan ada program di sekitar Sandakan. Kami ajak sertai Himpunan Solidariti Palestin.

Anjuran USIA atau Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, YADIM Sabah, The Elopura dan dengan kerjasama NGO-NGO. Meraikan juga kepulangan wira wirawati anak Sabah yang berjuang bersama Sumud Nusantara iaitu Zizi Kirana, Khairul Yunus dan Sul Aidil. Hebat orang Sabah. πŸ‘

Saya sendiri pernah menyertai misi bantuan kemanusian ke Gaza, Syria dan beberapa buah negara lain. Ternyata, perjuangan menghulurkan bantuan ini mampu menyubur sifat ihsan dalam jiwa dan sanubari kita.

Dalam konteks negeri Sabah, program sebegini adalah amat signifikan memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai isu Palestin.

Nampaknya, warga Sandakan memang menunggu-nunggu kemunculan sukarelawan Sumud terutama Zizi Kirana. Menarik cerita dan perkongsian Zizi, Khairul dan Sul Aidil, perjalanan dan pengalaman mereka mengikuti misi Global Sumud Flotilla.

Seperti yang mereka sebutkan, mereka bukanlah hero, wira atau wirawati. Wira sebenarnya adalah rakyat Gaza yang berhadapan dengan kejahatan dan kezaliman rejim Zionis.

Saya tegaskan dalam ucapan saya, bahawa YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) selaku Penaung Sumud Nusantara, konsisten memperjuangkan isu Palestin serta kebajikan rakyat Sabah. Majlis ditutup dengan doa diaminkan oleh ribuan hadirin.

Terdahulu, sebelum bermula program Himpunan Solidariti Palestin, saya menghadiri pertemuan bersama para asatizah di Sandakan, Sabah. πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Berkenalan dan beramah mesra dengan imam-imam, pendakwah, guru takmir dan pegawai agama. Seronok dapat berbual mengenai perkembangan Islam dan dakwah di bumi Sandakan.

Sebelum gerak pulang, peruntukkan masa sebentar bersama warga Masjid Saidina Ali, Sandakan, Sabah. Menerima undangan untuk Program Subuh Macam Jumaat dengan masyarakat di sini. Subuh di sini awal berbanding Putrajaya – jam 4:46 pagi sudah masuk waktu.

Alhamdulillah, suasana penuh harmoni dan ceria bersama warga masjid di sini. Lawatan singkat dan jadual padat penuh bermakna. Terima kasih, warga Sandakan yang budiman dan baik hati. Ada rezeki-panjang umur, saya kembali lagi. 🀲

Terus kerja, demi umat! ✊ Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ⚑Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

πŸ“Έ Shafiq (Media YB TMA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support