
Cahaya Ilmu dari Syam: Syeikh Hammam & Warisan Hadis Nabawi
October 22, 2025
Dari Muzik ke Hidayah: Kisah Yusuf Islam & Jalan Pulangnya kepada Tuhan
October 23, 2025


Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pagi ini. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim(PMX) menjawab pertanyaan lisan YB Gombak dan YB Indera Mahkota.
PMX juga mencadangkan agar hukuman rotan di sekolah dipertimbangkan semula dengan syarat ketat, termasuk hanya dilakukan oleh guru tertentu, di tempat khas, dan dengan had rotan yang ditetapkan bagi mengelak penyalahgunaan.
Beliau menegaskan hukuman tersebut perlu diperhalusi melalui libat urus dengan semua pihak sebelum dimuktamadkan oleh kerajaan, sambil menekankan bahawa ia bukan dasar rasmi kerajaan setakat ini.
Semalam baharu sahaja PMX memberikan penerangan dan perkembangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat. Hari ini pula hadir sesi PMQT menjawab sendiri soalan-soalan ahli parlimen.
Hebat komitmen PMX – tetap komited dengan tugasan dan tanggungjawab; walaupun begitu sibuk dan jadual yang padat. Pengajaran dan tauladan kepada semua. Terus kerja; demi umat!






Kemudian saya adakan pertemuan bersama sahabat-sahabat dari Islamic Development Bank (IsDB) Group dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) Malaysia – membincangkan beberapa inisiatif terkini mereka berkenaan dengan usaha-usaha kemanusiaan dan pembangunan yang dijalankan.
Antara tempat yang saya suka untuk pertemuan semasa keberadaan di Parlimen ialah Perpustakaan Parlimen. Selesa dan terdapat kemudahan yang sesuai untuk perbincangan. Koleksi buku juga adalah baik.
Petugas di sini semuanya baik-baik dan mesra pengunjung. Jika ingin baca akhbar atau majalah terkini boleh datang ke sini.
Madani membaca dan Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





