Cahaya Ilmu dari Syam: Syeikh Hammam & Warisan Hadis Nabawi

Zohran Mamdani & Fajar Baharu Amerika: Palestin & Gelombang Perubahan
October 22, 2025
Terus Bekerja, Demi Umat: PMX Konsisten Tampil di PMQT
October 23, 2025
Zohran Mamdani & Fajar Baharu Amerika: Palestin & Gelombang Perubahan
October 22, 2025
Terus Bekerja, Demi Umat: PMX Konsisten Tampil di PMQT
October 23, 2025
Show all

Cahaya Ilmu dari Syam: Syeikh Hammam & Warisan Hadis Nabawi

Meraikan kehadiran ulama tersohor dari Jordan, Syeikh Dr. Hammam Abdurraheem Said Melhem. Saya diberi penghormatan untuk merasmikan Syarahan Perdana Pengajian Hadis dalam Pengurusan Maklumat oleh Syeikh Dr. Hammam.

Saya juga melancarkan Kumpulan Penyelidikan Markaz al-Bahth li al-Hadith al-Nabawi (MARBAWI) inisiatif terkini USIM. Tahniah USIM! Seronok dapat kembali ke USIM dan bertemu sahabat-sahabat. Ramai yang hadir sehingga ada yang duduk atas tangga dan duduk bersila.

Semasa berbual dengan Syeikh sementara menunggu program bermula, saya bertanya pandangan Syeikh mengenai maudhu’ perbincangan hadis Makkiah dan hadis Madaniyah. Umumnya ramai yang mengetahui ayat Makkiah dan ayat Madaniyah tetapi tidak ramai yang didedahkan dengan perbincangan hadis Makkiah dan hadis Madaniyah.

Syeikh menjelaskan dengan penuh hikmah dan mengatakan ia adalah penting dan bermanfaat. Syeikh memberikan contoh dalam kes memahami kewajipan hijab atau menutup aurat bagi Muslimah.

Alhamdulillah, sempat menadah ilmu dan mendengar Syarahan Perdana oleh Syeikh Dr. Hammam Abdurraheem Said Melhem hari ini. Jangan pernah rasa jemu menuntut ilmu. Teruskan belajar!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

📸 Shafiq (Media YB TMA) dan USIM e-Gallery

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support