
10,000 HADIRI SOLAT HAJAT KEAMANAN SEJAGAT DI MASJID PUTRA
March 15, 2026
SIMFONI RAMADAN 2026 DI KOTA KINABALU, SABAH
March 15, 2026








#MADANImembantu: MAIWP peruntuk lebih RM1 juta, bantu 6,650 mahasiswa pulang beraya
Alhamdulillah, melalui Program Rahmah MADANI Ramadan: Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, seramai 6,650 mahasiswa dari 8 universiti menerima bantuan perjalanan berjumlah RM1.99 juta meliputi tiket bas, tiket kapal terbang serta wang saku agar mereka dapat pulang beraya bersama keluarga tercinta.
Dalam majlis ini juga dilancarkan Gerobok Rezeki Mahasiswa – inisiatif menyediakan makanan percuma buat para pelajar, agar tiada yang terpinggir ketika menuntut ilmu.
Melihat wajah-wajah ceria anak-anak mahasiswa, terasa indahnya apabila zakat yang ditunaikan sampai kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada para pembayar zakat yang menjadi asbab kebaikan ini terus mengalir.
Pesanan buat mahasiswa yang pulang ke kampung halaman: Perbanyakkan kebaikan. Bantu ibu bapa. Dekati masyarakat. Jadilah agen pencerahan dan kebenaran dalam menjelaskan isu semasa kepada masyarakat. Kurangkan masa dengan telefon dan dunia maya – dalam talian; gunakan peluang ini untuk menghidupkan ukhuwah dan silaturahim.
Turut hadir Majlis Pelancaran, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP; dan YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.




Semoga semua mahasiswa selamat sampai ke destinasi masing-masing dan menyambut Hari Raydilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga. Belajar bersungguh-sungguh, berbakti kepada masyarakat, dan pulanglah membawa keberkatan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu
📸 Shafiq (Media YBM HEA)





