
#MADANImembantu: MAIWP peruntuk lebih RM1 juta, bantu 6,650 mahasiswa pulang beraya
March 15, 2026
DAMAI JALAN KITA, PERPADUAN MATLAMAT KITA
March 20, 2026




































SIMFONI RAMADAN 2026 DI KOTA KINABALU, SABAH
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ramadan adalah bulan hati dipertemukan, ukhuwah disatukan, iman diperkukuhkan, dan kebaikan disebarkan. Itulah yang dirasai dalam Program Simfoni Ramadan 2026 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu – apabila masyarakat berhimpun dalam satu suasana yang penuh dakwah, ukhuwwah dan keberkatan.
Para pendakwah, tokoh agama, artis serta penggiat nasyid berkongsi satu pentas. Bukan untuk populariti, tetapi untuk mengingatkan manusia kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Program ini turut diisi dengan pelbagai pengisian yang menyentuh hati: Agihan bubur lambuk kepada masyarakat; sumbangan kepada asnaf yang memerlukan; Tazkirah Ramadan sebagai santapan rohani; selain nasyid dan selawat yang menghidupkan jiwa.





Dan kemuncaknya, apabila ribuan hati berdiri bersama dalam solat berjemaah dan Tarawih, memohon rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Beginilah indahnya Ramadan. Bila selawat disuburkan, bila pertemuan menjadi majlis ilmu, dan bila kegembiraan membawa kita lebih dekat kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Moga setiap langkah yang hadir, setiap sedekah yang diberi, dan setiap doa yang dipanjatkan, menjadi bekalan menuju akhirat. Ramadan hampir berlalu. Jangan biarkan ia pergi tanpa meninggalkan bekas di hati kita.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu
📸 Shafiq (Media YBM HEA)





