
MISI HILAL: DETIK PENENTU SYAWAL
March 20, 2026













100 ʜᴀʀɪ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴀɢᴀᴍᴀ: ᴍᴇɴɢᴇᴍᴜᴅɪ ᴘᴇʀᴜʙᴀʜᴀɴ ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴘᴇʀᴅᴀɴᴀ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ (ʜᴀʟ ᴇʜᴡᴀʟ ᴀɢᴀᴍᴀ)
Tempoh 100 hari ini menjadi ruang untuk menilai usaha dan memperkukuh perkhidmatan. Kami di JPM (Hal Ehwal Agama) menyedari bahawa amanah ini bukan sekadar tugas, tetapi satu tanggungjawab besar yang menuntut kejujuran dan ketekunan.
Setiap langkah yang diambil, diiringi dengan harapan agar memberi manfaat kepada ummat dan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Berlandaskan nilai integriti dan kebertanggungjawaban, pelaksanaan pelbagai inisiatif #MadaniMembantu diteruskan oleh 14 buah agensi JPM (Hal Ehwal Agama) secara tersusun dan berfokus, di seluruh negara.
Komitmen ini dizahirkan melalui usaha berterusan demi memperkasa hal ehwal agama dan kesejahteraan rakyat. Amanah dilaksana dengan telus, berkhidmat demi reda Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Laporan pencapaian 100 hari saya dan 14 buah agensi JPM (Hal Ehwal Agama) memaparkan pelbagai inisiatif #MadaniMembantu berteraskan dakwah, pembangunan komuniti dan kebajikan rakyat. Beberapa program utama telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh 100 hari sebagai Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), saya menghadap KDYMM Raja/Sultan dan mengadakan siri kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertuan Besar Negeri-Negeri.
Saya turut hadir dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74. Mesyuarat ini mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk Malaysia.
Mesyuarat dipengerusikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Mesyuarat turut dihadiri YAB Perdana Menteri, Dato’
Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MKI.
Antara pencapaian utama pula ialah kadar kehadiran sebanyak 96 peratus ke sesi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, selain pelaksanaan inisiatif ‘Daie Madani’ bagi memperkukuh gerakan dakwah dalam kalangan anak muda. Daie Madani digerakkan sebagai gelombang baharu dakwah anak muda, platform jaringan nasional asatizah muda dalam memperkukuhkan gerakan dakwah.
Pada Februari 2026 lalu, saya telah merasmikan Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026 (HAMKA). Lebih 1,500 jiwa berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan – bukan sekadar hadir, tetapi membawa amanah dan cita-cita ummah. Luar biasa semangat asatizah muda yang membara dengan ilmu dan keikhlasan.
Anjuran YADIM dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), program ini dihadiri antaranya oleh Daie MADANI, guru KAFA, guru takmir serta mahasiswa pengajian Islam, termasuklah peserta dari Jordan, Mesir, Arab Saudi, Turkiye dan Maghribi secara dalam talian.
Alhamdulillah, ini bukan sekadar pertemuan, tetapi kebangkitan. Bukan sekadar program, tetapi satu gerakan. Insya-Allah, kita cetuskan gelombang asatizah muda di Malaysia – membina negara dengan hikmah, memimpin masyarakat dengan adab, dan menyuburkan jiwa ummah dengan cahaya wahyu.
Program Rakan (Program Raih Keberkatan Ramadan) turut diperkenalkan sebagai platform pengisian ilmu dan tazkirah yang menyentuh aspek kepimpinan serta kenegaraan di Surau Parlimen. Selain itu, inisiatif Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan diwujudkan bagi menghubungkan institusi masjid dengan golongan belia melalui pendekatan lebih segar dan inklusif.
Dalam aspek dasar, cadangan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JKSM) sedang dimuktamadkan di peringkat Persekutuan tanpa menjejaskan autonomi negeri. Cadangan mengkaji penggubalan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memastikan skim saraan setara dengan hakim Mahkamah Sivil sekali gus memperkukuh kewibawaan institusi kehakiman syariah.
Inisiatif Barakah Pit Stop juga diperkenalkan sebagai ruang rehat percuma kepada penunggang motosikal dan perkhidmatan p-hailing di Masjid Wilayah Persekutuan. Penyediaan ruang rehat percuma buat penunggang motosikal dan p-hailing sebagai usaha kebajikan kepada komuniti.
Sepanjang tempoh sama, lebih 90,000 peserta terlibat dalam sesi mesyuarat dan libat urus Komuniti Madani yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia, Orang Asli dan golongan OKU.






















𝟏𝟎𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚: 𝟏𝟎𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡
100 hari pertama ini bukan sekadar tempoh, tetapi satu amanah yang digalas dengan penuh tanggungjawab. Setiap inisiatif #MadaniMembantu dilaksanakan oleh 14 buah agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh tekad dan istiqamah.
Setiap usaha dipandu pasukan saya dengan nilai integriti, ketekunan dan keikhlasan. Amanah dipikul, tanggungjawab disempurnakan, demi kesejahteraan ummah dan negara.
Antara pencapaian cemerlang lain Agensi JPM (Hal Ehwal Agama) adalah apabila saya mempengerusikan mesyuarat persediaan bagi Persidangan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) Sesi Ke-27. Alhamdulillah, Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan oleh dunia Islam apabila dipilih sebagai tuan rumah Persidangan IIFA pada tahun ini, setelah kali terakhir menganjurkannya pada tahun 2007.
IIFA merupakan badan fiqh tertinggi dunia Islam di bawah OIC, melibatkan penyertaan 57 negara. Persidangan ini akan menghimpunkan ulama dan cendekiawan Islam terkemuka dunia untuk bersidang hampir seminggu, membincangkan isu-isu fiqh kontemporari demi maslahat ummah.
Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Muslim World League bagi Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan iltizam.
Mesyuarat yang saya pengerusikan ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi pelbagai agensi strategik negara. Turut hadir ialah Dato’ Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM; Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara; serta barisan kepimpinan kanan JAKIM, wakil Kementerian Luar Negeri, agensi berkaitan dan delegasi Muslim World League.
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi menyelaras dan memperkukuh pelaksanaan program kerjasama strategik JAKIM dan Muslim World League sepanjang tahun 2026. Perbincangan tertumpu kepada perancangan program berimpak tinggi yang bukan sahaja memperkasa agenda dakwah, malah memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat global.
Mesyuarat ini jelas mencerminkan komitmen padu Malaysia dalam memperkukuh hubungan strategik dunia Islam, dengan pendekatan yang tersusun, progresif dan berpaksikan kepentingan ummah sejagat.
Dalam tempoh pentadbiran saya sebagai Menteri Agama, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) pertama di Kuala Lumpur telah ditubuhkan Ampang, bagi memastikan golongan berkenaan mendapat pendidikan agama yang sempurna. KAFA Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) ini merupakan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, terdapat satu kemudahan KAFA bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1), Putrajaya semenjak tahun 2019 yang menerima Murid Berkeperluan Khas (MBK) seperti Autisme, Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran dan Penglihatan.
Kerajaan melalui JAKIM sudah melaksanakan Pelan Tindakan OKU Muslim bagi memperkukuh dan memperkasa pelbagai inisiatif untuk golongan orang kurang upaya (OKU), termasuk pembangunan garis panduan mesra OKU bagi masjid dan surau.
Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI yang bersifat inklusif dan terangkum, dengan matlamat memastikan setiap lapisan masyarakat, termasuk anak-anak istimewa mendapat akses pendidikan agama yang sempurna.
IKIMfm pula telah menjayakan Anugerah Carta IKIMfm 2025, sebuah majlis anugerah yang penuh prestij dalam meraikan penggiat industri nasyid tanah air.
Januari lalu juga dalam sambutan 25 tahun IKIMfm menyebarkan agenda dakwah dan meninggikan usaha tersebut, diraikan dalam siaran penuh simbolik – 25 jam bersiaran tanpa henti di menara kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118.


100 ʜᴀʀɪ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴀɢᴀᴍᴀ: ᴛᴀʟɪ ᴀʟʟᴀʜ ᴋᴀᴍɪ ʙᴇʀᴘᴇɢᴀɴɢ, ꜱᴇᴅᴀʏᴀ ᴍᴜɴɢᴋɪɴ ᴋᴀᴍɪ ʙᴇʀᴊᴜᴀɴɢ
Islam menegaskan bahawa setiap pemimpin bertanggungjawab membantu rakyat, melaksanakan amanah dengan baik, dan menjaga kesihatan kerana mukmin yang kuat lebih dicintai Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Justeru, sewaktu diberikan taklifan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya dan pasukan berikhtiar sedaya mungkin, bagi memastikan kami memberikan yang terbaik, demi umat seluruhnya.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kesemua 14 buah Agensi JPM (Hal Ehwal Agama) menyusun gerak kerja – bagi melaksanakan pelbagai inisiatif #MadaniMembantu di seluruh negara, demi menyumbang kepada umat.
Allahul Musta’an! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniBekerja #MadaniMembantu





