Islamic Finance is still a relatively small part of global and even national financial system

Islamic Banking and Finance and Its Role in the GCC-EU Relationship: Principles, Developments and the Bridge Role of Islamic Finance
January 10, 2011
Prominent Saudi scholar warns on agenda against Shariah advisories
January 17, 2011
Islamic Banking and Finance and Its Role in the GCC-EU Relationship: Principles, Developments and the Bridge Role of Islamic Finance
January 10, 2011
Prominent Saudi scholar warns on agenda against Shariah advisories
January 17, 2011
Show all

Islamic Finance is still a relatively small part of global and even national financial system

SAIZ KEWANGAN ISLAM MASIH KECIL BERBANDING KONVENSIONAL

Oleh Zulkifli Hasan

Tatkala meredahi krisis kewangan dunia di antara tahun 2007-2009 yang menyaksikan kerugian berbilion dolar bank-bank mega seperti Lehman Brothers dan Merryl Linch, sektor kewangan Islam telah berjaya membuktikan ianya mampu bertahan dan berdaya saing bahkan terus kukuh di samping menikmati pertumbuhan secara konsisten 15-20% setahun. Dengan lebih 500 institusi kewangan Islam di seluruh dunia di lebih 75 negara yang mencecah aset sebanyak US$1 trilion, sektor ini terus menarik minat pasaran dan menyediakan banyak peluang serta potensi kepada pelbagai pihak.

Walaupun kewangan Islam dilihat terus berkembang secara positif dan dinamik, sektor ini sebenarnya masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Jika ditinjau dari aspek pasaran, ianya masih terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan sektor kewangan konvensional. Artikel ini secara ringkas akan cuba membicarakan potensi dan peluang yang perlu diteroka dengan lebih giat dan agresif dalam sektor ini.

Berdasarkan faktor permintaan, bilangan muslim di seluruh dunia yang kini mencecah lebih 1.8 bilion membuktikan betapa potensi besar kewangan Islam yang sepatutnya dieksploitasikan. Setakat ini, sektor perbankan Islam hanya mewakili peratusan kecil sektor perbankan dunia iaitu tidak sampai 1% meliputi saiz US$1 trilion daripada US$232 trilion.

Sebagai illustrasi kepada potensi permintaan terhadap sektor ini, perbandingan di antara nisbah penduduk dan nilai aset perbankan Islam mungkin boleh dijadikan kayu ukur. Di Malaysia, dengan bilangan penduduk seramai 28 juta di mana 60.4% Muslim, jumlah aset perbankan Islam hanya menjangkau 20% daripada total aset perbankan. Indonesia yang mempunyai penduduk Muslim paling ramai di dunia iaitu 88% daripada 234.6 juta hanya merekodkan 2.9% aset perbankan Islam. Begitu juga di Pakistan dengan 170 juta penduduk, 97% Muslim, aset perbankan Islam hanya mencapai 6.4%. Angka-angka ini dengan jelas menunjukkan bahawa sektor ini bukan sahaja masih belum mampu untuk memenuhi permintaan umum pasaran bahkan kehendak dan keperluan orang Islam kepada produk dan perkhidmatan berlandaskan Shari’ah.

Dari aspek yang lain, kekayaan dan kekuatan ekonomi negara-negara kaya pengeluar minyak OIC juga menjadi faktor yang perlu diekploitasikan dengan lebih agresif dalam sektor ini. Pada masa ini, sektor perbankan kovensional masih menguasai pasaran. Di Kuwait misalnya dengan 3.6 juta penduduk, 100% Muslim, aset perbankan Islam hanya mencecah 34.3%. Di Qatar, negara berpendapatan per kapita tertinggi dunia (AS$83,841) dihuni 1.4 juta penduduk, 95% Muslim, merekodkan 19.3% aset perbankan Islam. Arab Saudi sebagai pengeluar minyak utama dunia dengan 25% jumlah seluruh simpanan minyak dunia mempunyai 26.1 juta penduduk, 100% Muslim, aset perbankan Islam hanya 15.9%. UAE yang memiliki Abu Dhabi Investment Authority, firma ‘sovereign wealth fund’ terbesar di dunia mempunyai 5.1 juta penduduk, 96% Muslim, hanya mencatatkan 14% aset perbankan Islam. Bahrain sebagai salah sebuah negara yang paling giat mempromosikan kewangan Islam merekodkan hanya 10.9% aset perbankan Islam. Ketidakseimbangan di antara kekayaan, permintaan pasaran dan nilai aset perbankan Islam membuktikan bahawa sektor ini belum dieksploitasikan sepenuhnya malah berpotensi menawarkan pelbagai peluang untuk lebih berkembang maju.

Seiring dengan pertumbuhan dan potensi sedia ada, sektor kewangan Islam juga menyediakan peluang kerjaya yang amat besar. Ini disahkan oleh syarikat perunding-cara AT Kearney yang meramalkan bahawa lebih kurang 30,000 profesional kewangan Islam diperlukan di Timur Tengah untuk jangka masa 10 tahun akan datang. Dr. Ishaq Bhatti, Pengarah Program Perbankan dan Kewangan Islam Universiti La Trobe, Australia menganggarkan lebih 50, 000 tenaga professional diperlukan dalam sektor ini untuk tempoh lima ke tujuh tahun akan datang. Di Malaysia sahaja, dijangkakan seramai 8,600 tenaga profesional diperlukan bagi industri perbankan Islam dan seramai 2,000 profesional dalam sektor insuran Islam pada 2012.

Di samping teruja dengan perkembangan dan pertumbuhan yang dinikmati sektor kewangan Islam sehingga kini, beberapa aspek fundamental perlu juga diberikan penekanan. Dengan peluang dan potensi yang ada, kewangan Islam tidak harus dilihat sebagai sektor yang hanya mengutamakan keuntungan semata-mata bahkan ianya perlu dianggap sebagai satu ibadah dan jihad ekonomi yang perlu dilaksanakan secara bijaksana. Sektor kewangan Islam di harap bukan sahaja dapat menguasai pasaran kewangan sekurang-kurangnya di negara-negara Islam bahkan berupaya untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadi sistem yang berpaksikan keadilan sosial.

Best Regards
Zulkifli Hasan

  • Statue of Liberty, New York

    Leave a Reply

    SUBSCRIBE

    Get the latest posts delivered to your mailbox:

    Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support