Menteri Agama Ketuai Lawatan Kerja ke Terengganu, Hadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H

11 dan 18 April: Kumpulan Pertama Petugas & Jemaah Haji Malaysia Selamat Berangkat ke Tanah Suci
April 23, 2026
Menteri Agama Sertai Pertemuan PMX Bersama Syeikh Muhammad al-Diddu Shanqiti
April 24, 2026
11 dan 18 April: Kumpulan Pertama Petugas & Jemaah Haji Malaysia Selamat Berangkat ke Tanah Suci
April 23, 2026
Menteri Agama Sertai Pertemuan PMX Bersama Syeikh Muhammad al-Diddu Shanqiti
April 24, 2026
Show all

Menteri Agama Ketuai Lawatan Kerja ke Terengganu, Hadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H

Selesai program pelepasan jemaah haji di KLIA, Sepang, saya bergegas ke Terengganu untuk Majlis Penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQA) 1447H/2026M, di Terengganu. Sampai saja di lapangan terbang, terus hadiri sesi raptai penuh dan bertanya khabar dengan petugas dan urusetia.

Walaupun boleh saja pihak penganjur meletakkan seorang wakil untuk sesi raptai, saya memilih untuk hadir sendiri sebagai tanda sokongan kepada semua petugas dan sukarelawan.

Semua petugas dan urusetia sudah berkampung seminggu di sini menguruskan siang dan malam MTHQA 1447H. MTHQA bersiaran secara langsung setiap hari iaitu bagi Hafazan di sesi siang hari di TV ALHIJRAH dan Tilawah di sesi malam di RTM. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas dan urusetia yang menjayakan MTHQA kali ini.

Alhamdulillah, tirai Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M (MTHQK) di Terengganu, melabuhkan penutup dengan penuh gemilang. Sekalung tahniah buat semua Johan – Qari dan Qariah, Hafiz dan Hafizah serta Johan Keseluruhan. Kemenangan ini bukan sekadar trofi, tapi bukti kecintaan dan kesungguhan dalam memuliakan Kalam Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada JAKIM, Kerajaan Negeri Terengganu selaku tuan rumah, serta seluruh pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan begitu tersusun dan bermakna.

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin atas keberangkatan merasmikan MTHQK. Satu penghormatan besar yang cukup bermakna.

Semoga semangat dan roh Al-Quran terus hidup dalam jiwa kita – bukan hanya dibaca, tapi difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. “Kalam Ilahi Tradisi Diwarisi”

Sebelum ke Majlis Penutupan MTHQA Peringkat Kebangsaan, saya singgah ke Liqa’ Mahabbah Zamalah YADIM Negeri Terengganu. Program ini menghimpunkan sahabat-sahabat Zamalah YADIM Terengganu dalam suasana yang penuh ukhuwah, santai tapi bermakna. Hadir sama Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin bersama pasukan beliau.

Seronok dapat dengar sendiri pandangan, idea dan suara akar umbi – semuanya penuh semangat dan rasa tanggungjawab. Bukan sekadar borak kosong, tapi perkongsian yang ada nilai, ada arah.

Pertemuan ni juga jadi ruang untuk kita hargai usaha dan komitmen ahli Zamalah yang terus istiqamah dalam kerja dakwah, turun padang, santuni masyarakat dengan penuh hikmah.

Moga kebersamaan ini terus menguatkan langkah kita semua. Kita gerak bersama-sama, membawa mesej kebaikan dengan cara yang dekat di hati ummat.

Luangkan sedikit masa bersama program Ziarah Kasih Madani di Terengganu. Kami sempat menziarahi Tuan Muhamad bin Jusoh, 75 tahun, seorang aktivis masyarakat yang suatu ketika dulu sangat aktif menyumbang tenaga dan jasa khususnya pada era 90an. Kini, beliau sedang diuji dengan dugaan kesihatan.

Dalam kunjungan ini, saya berpeluang beramah mesra, bertanya khabar, dan meluangkan masa bersama beliau serta keluarga. Saya sampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan dan wang tunai sebagai tanda sokongan dan ingatan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.

Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

#SebarkanSalam
#MadaniMembantu

📸 Shafiq (Media YBM HEA) & Media YADIM

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support