
Menteri Agama Ketuai Lawatan Kerja ke Terengganu, Hadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H
April 24, 2026
Menteri Agama Adakan Pertemuan Bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, di Kuala Lumpur
April 24, 2026







PERTEMUAN YAB PMX BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD AL-HASSAN AL-DIDDU AL-SHANQITI
Menghadiri pertemuan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dengan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars) Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti. Syeikh menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada PMX atas sumbangan yang sangat signifikan kepada dunia Islam.
Malaysia sentiasa terkehadapan menyuarakan dan membela umat dari penindasan, pancabulan hak asasi termasuk menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan. Syeikh Muhammad Al-Hasan berpesan bahawa Malaysia boleh menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa dengan kelebihan yang ada.
Malahan, Syeikh memaklumkan bahawa pimpinan dunia yang ditemuinya mencadangkan beliau untuk bertemu dengan PMX. Satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan Perdana Menteri kita.






Gembira hari ini dapat bertemu dengan Syeikh Muhammad Al-Hasan bin Al-Diddū Al-Shanqītī yang merupakan Naib Presiden dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa dan juga Presiden Pusat Pembentukan Ulama (Markaz Takwīn al-‘Ulamā’) di Mauritania dan Afrika Barat.
Alhamdulillah, Syeikh sempat menitipkan nasihat dan doa. Terharu rasa dengan kemesraan dan kebaikan Syeikh. Turut serta bersama delegasi Syeikh ialah Dr. Ibrahim Al-Duwairi, penulis pemikiran dan sastera dari Mauritania, khusus dalam isu budaya dan masyarakat Arab. Beliau mendapat Ph.D dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya pernah memegang jawatan sebagai Dekan di USIM sebelum berkhidmat ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
📸 JPM





