Opening of the Syariah and Law Year 2017

Opening of the Syariah and Law Year 2017

Organised by Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Memulakan sesi 2017 Fakulti dengan Majlis Pembukaan Tahun Syariah dan Undang-undang 2017 yang julung-julung kalinya diadakan. Saya mulakan ucapan dengan memetik kata-kata Profesor Tariq Ramadan ” We are in the world of communication but we are not CONNECTED” menzahirkan betapa pentingnya komunikasi efisyen dalam sesebuah organisasi dan institusi. Mengambil peluang untuk menyampaikan mesej kepada semua warga fakulti mengenai sejarah, pencapaian, cabaran dan perancangan untuk mendepani masa depan yang strategik. Pesanan penting kepada pelajar yang kini bukan sahaja mesti cemerlang akademik tetapi perlu menerapkan elemen keusahawanan, kesukarelawanan, aktivism, idealism, spiritualisme, juga bukan hanya menjadi ‘job seeker’ tetapi perlu memikirkan berusaha menjadi ‘job creator’. Bagi merealisasikan aspirasi ke arah ‘Barakah Campus’, semua perlu terlibat bersama-sama ke arah pembinaan dan penghayatan ‘iqra culture and intellectual environment’. Saya akhiri ucapan dengan mengajak semua untuk ikhlaskan hati dan punyai ‘wahdatul qalb’ kesatuan hati bagi sama-sama melaksanakan amanah ini dengan penuh keikhlasan. Moga ada manfaat. Doakan kami.

Nilai, 23 Februari 2017.

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support