Purification of al Qalb

The Strategic Future of Islamic Resurgence
April 14, 2017
Lessons from An International Interdisciplinary Conference, Development in the Face of Global Inequalities
May 14, 2017
The Strategic Future of Islamic Resurgence
April 14, 2017
Lessons from An International Interdisciplinary Conference, Development in the Face of Global Inequalities
May 14, 2017
Show all

Purification of al Qalb

Qalbun Salim Pengajaran Isra’ Mikraj

Selepas solat subuh hari ini teringat akan peristiwa Isra Mikraj, perjalanan ‘dalam dan luar dimensi masa’ Rasulullah saw. Melihat kepada kebobrokan dan kecelaruan dalam masyarakat yang ada pada hari ini termasuk krisis yang melanda agamawan dan pemimpin gerakan Islam, peristiwa Isra Mikraj memberikan seribu satu peringatan kepada kita semua. Peristiwa agung ini menunjukkan betapa pentingnya hakikat ‘HATI’ dipelihara dan dijaga sebaik mungkin kerana ia adalah punca kepada kebaikan mahupun kejahatan.

Apabila Rasulullah saw yang sudah mulia HATInya masih disucikan oleh Malaikat Jibril sebelum memulakan permusafiran terhebat dalam sejarah manusia menunjukkan dengan jelas betapa kita perlu mensucikan dan memelihara HATI. Lihat sahaja bagaimana akhlak dan pertuturan Rasulullah saw, HATI Rasulullah saw yang mulia itu menghasilkan akhlak dan tuturkata yang mulia yang menjadi tauladan kepada semua. Malahan jika diteliti, Allah swt telah menyebut perkataan ‘al Qalb’ ini beberapa kali dalam al Quran memperlihatkan kepentingan HATI dalam kehidupan.

Maka sekiranya kita lihat hari ini terdapat mereka-mereka yang buruk tutur katanya, hodoh kata-kata dalam penulisannya, hinaan dan keceluparan sentiasa meniti dibibirnya, hasad dengki, suka mentertawakan dan merendahkan orang lain, sombong, ego dan bongkak, kesemuanya ini adalah kerana penyakit ‘HATI’. Penyakit HATI ini juga adalah ‘universal’ ia dihidapi oleh semua umat manusia bahkan ulama dan agamawan. Maka tidak hairanlah kita juga menyaksikan bagaimana ada antara mereka yang kadangkala tinggi ilmunya kuat ibadatnya tetapi buruk tutur katanya, celupar dan hodoh kata-katanya dan lebih buruk ia dilakukan atas nama agama.

Peristiwa Isra’ Mikraj ini menuntut untuk kita semua antaranya adalah sentiasa membersihkan dan menjaga ‘HATI’ agar cenderung kepada kebaikan dan amal soleh. HATI yang baik dan soleh pastinya akan menghasilkan akhlak yang mulia. Jika tidak dihayati perkara ini iaitu PENJAGAAN HATI maka mungkin tidak bermakna malahan sia-sialah kita memperingati dan menyambut peristiwa agung Isra’ Mikraj Rasulullah saw. Marilah sama-sama kita sentiasa menjaga HATI moga ia menjadi ‘Qalbun Salim’ yang membentuk jiwa dan akhlak seorang Muslim dan Mukmin sejati.

Wallahua’lam.
27 Rejab 1438h

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support