SEMINAR FIQH KEWARGANEGARAAN
September 6, 2018
Fiqh al-Muwatanah Dalam Naratif Malaysia Baharu
September 23, 2018Cabaran Abad Ke-21 dan Fiqh Kewarganegaraan
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era post-secularism, abad ke-21 bakal menyaksikan dunia akan lebih beragama dan sekularism akan mula luntur. Di era post-modernity kita akan melihat bentuk masyarakat post-modern yang ‘obsessed’ dengan kesamarataan sebagai hak asasi manusia. Di era post-capitalism, modal dan buruh bukan lagi asas utama penciptaan kekayaan tetapi ilmu pengetahuan adalah ‘basis of wealth’. Di era post-industry, sektor perkhidmatan dan teknologi maklumat mencipta lebih kekayaan berbanding sektor pembuatan. Di era post-Islamism, kita melihat perkembangan generasi baru kebangkitan Islam mendepani realiti dalam kerangka sistem demokrasi.
Dalam konteks politik hari ini, kita sebenarnya berada di dalam era dinamakan sebagai post-truth yang melihat kebenaran itu sesuatu yang bersifat relatif. Dalam erti kata lain, dunia hari ini boleh juga dikatakan berada dalam era post-normal di mana banyak perkara luar jangkaan dan kadangkala sukar untuk dirasionalkan berlaku dalam masyarakat.
Oleh itu, dalam era ‘post’ atau pasca ini yang menyaksikan dunia berubah dengan begitu pantas, kita perlu bersedia dengan ilmu pengetahuan dan hikmah agar boleh terus relevan dan dapat mendepani cabaran hari ini dan masa depan. Dalam konteks dunia masakini menerusi kerangka konsep negara bangsa seiring dengan perubahan lanskap politik tanahair, konsep Fiqh al-Muwatanah atau Fiqh Kewarganegaraan ini seharusnya difahami dengan makna yang lebih luas dan terbuka. Dalam ruang demokrasi dibawah ruang lingkup Islam, dasar dan tasawwur mengenai hubungan sesama warganegara dan bukan Islam sama ada di negara majoriti Muslim dan juga di mana Muslim adalah minoriti perlu diberikan perhatian. Konsep al-Ukhuwah al-Islamiyah, al-Ukhuwat al-Muwatinun dan al-Ukhuwat al-Insaniyyah atau al-Ukhuwah al-Basyariah perlu dijadikan tema perbincangan dan diberikan ruang yang sewajarnya untuk dijadikan satu pendekatan yang lebih segar dan berkesan khususnya dalam mengolah semula konsep ukhuwah dan hubungan semasa Muslim dan bukan Muslim.
1 Comment
Zulkiflihasan, thanks a lot for the post.Really thank you! Much obliged.online pharmacy