SEMINAR FIQH KEWARGANEGARAAN
Kami bawakan khas kali ini di Negeri Sembilan Majlis Ilmu Berkuasa Tinggi membicarakan topik yang sangat penting kepada masyarakat. Dalam konteks negara bangsa dunia moden bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai fiqh kenegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh.
Dengan memahami teks dan konteks serta menghayati dinamika fiqh al-muwatanah, Malaysia sebenarnya berupaya untuk menjadi model negara yang boleh dicontohi oleh negara lain di dunia. Malahan, dengan pencapaian politik terbaru melibatkan perubahan pemerintah secara aman menerusi tahaluf siyasi yang dinamik, Malaysia sepatutnya sudah bersedia untuk mengeksport dan mengongsikan formula ini dan tidak lagi selalu bergantung dengan sumber rujukan dan pengalaman negara luar.
Walaupun diakui wujudnya realiti kontekstual yang berbeza, mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa sudah sampai masanya dunia Arab dan lain-lain juga bersedia dan mula mempelajari ‘fiqh siyasah manhaj Malaysia’.
Oleh itu, bersempena Ijtimak Harakiy ke-7,
ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama WADAH Negeri Sembilan, PPINS, MAINS, Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan Negeri.fm membawakan:
Seminar Fiqh Kenegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu!
23hb September 2018
Ahad
8 pagi – 2 petang
Menampilkan panelis:
1. Prof Madya Dr. Zulkifli Hasan (YDP ABIM Negeri sembilan dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM)
2. Dr. Hasan Baharom (Ahli Parlimen Tampin)
3. Ustaz Fauwaz Fadzil Noor (Tokoh Ilmuan Muda)
Moderator:
Tn. Haji Nazri Kahar (Astro Awani)
Ucaptama:
YB Datuk Dr Mujahid Yusuf (Menteri JPM)
Ucapan perasmian
YAB YB Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
Semua dijemput hadir!