Webinar Pidato Apresiasi Nusa Bangkit Martabat Umat dan Pengutuhan Bangsa Malaysia
Kosmopolitanisme di alam Melayu sudah lama malahan kedatangan Islam itu telah mewarnai kosmopolitanisme di nusantara secara harmoni dan damai. Islam telah merubah ‘essential character and worldview’ orang Melayu dan tamadunnya. Kosmopolitanisme yang terkandung dalam ajaran Islam diasimilasikan dengan ‘local wisdom’ dan ciri keunikan orang Melayu yang menampilkan masyarakat kosmopolitan yang menghormati kepelbagaian.
Namun, trend menunjukkan bahawa konsep Kosmopolitanisme ini kian kurang popular ditambah pula dengan pandemik dan ada yang berpandangan ia sebagai ‘a tainted luxury good’ dan Kosmopolitan itu sebagai ‘indulgent elite.’ Sudah pasti cabaran besar untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat konsep kosmpolitanisme ini apatah lagi konsep Bangsa Malaysia. Mungkin sudah sampai masanya untuk menggerakkan Cosmopolitanism Reform bercitrakan Maqasid al Shariah yang membawa mesej universal, inklusif dan damai.