Pejabat YB TMA Komited Bawa Naratif Positif Malaysia Madani

YB TMA Hadiri Cerapan Hilal di Menara Kuala Lumpur
March 3, 2025
YB TMA Tampil Dalam Analisis Madani di TVAlhijrah
March 3, 2025
YB TMA Hadiri Cerapan Hilal di Menara Kuala Lumpur
March 3, 2025
YB TMA Tampil Dalam Analisis Madani di TVAlhijrah
March 3, 2025
Show all

Pejabat YB TMA Komited Bawa Naratif Positif Malaysia Madani

Alhamdulillah, di samping saya sendiri membuat penerangan dan turun padang dalam program-program berkait penerangan Malaysia Madani, saya turut menghantar wakil daripada pejabat saya sebagai pembicara dan peserta dalam program-program tersebut.

Antaranya, Program Sentuhan Kasih MADANI bersama-sama Pengamal Media Sosial Agensi Kerajaan Tahun 2025 di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang diadakan pada 26 – 28hb Februari 2025.

Program ini menyaksikan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tampil dalam Sesi Khas Bual Bicara dalam program tersebut.

Selain itu, para pegawai saya turut terlibat sebagai penceramah syarahan berkenaan Malaysia Madani kepada 80 guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Selangor pada 16hb Januari 2025.

Serta penceramah dalam Bengkel Penulisan Naratif MADANI (PENA MADANI) di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, kepada 120 guru KPM pada 26 – 28hb Februari 2025.

Tujuan utama program-program ini adalah untuk melatih petugas barisan hadapan penjawat awam untuk menggunakan media sosial bagi memberikan penerangan kepada masyarakat tentang dasar-dasar kerajaan Madani, hingga ke akar umbi – dengan cara yang lebih inovatif dan kreatif.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support