
Pejabat YB TMA Komited Bawa Naratif Positif Malaysia Madani
March 3, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Ilmu Bersama Syeikh Dr. Ekrima Said 🇵🇸 & Syeikh Dr. Usamah al-Azhariy 🇪🇬
March 3, 2025















Alhamdulillah, usai urusan di Dewan Rakyat, saya berforum secara langsung dalam rancangan Analisis Madani di TVAlhijrah. Sebelum itu, ambil ruang rehat sebentar di Masjid Negara, yang tidak pernah gagal mempamerkan sisi pandang keindahan panorama Kuala Lumpur.
Di Alhijrah, menjadi panel forum bersama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dimudahcarakan oleh Sdra. Talib Husin.
Kami mengulas mengenai tajuk “Memperkasa Institusi Agama”. Saya tegaskan bahawa Kerajaan Madani telah, sedang dan akan terus memperkukuh kedudukan Islam pada semua peringkat lapisan masyarakat dan memastikan ia dilindungi dan dipelihara dengan baik.
Hal ini selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih TV AlHijrah!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾