YB TMA Buat Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja

YB TMA Hadiri Majlis Ilmu Bersama Syeikh Dr. Ekrima Said 🇵🇸  & Syeikh Dr. Usamah al-Azhariy 🇪🇬
March 3, 2025
YB TMA Rasmikan Seminar Fiqh Taayush Dalam Gagasan Malaysia Madani
March 3, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Ilmu Bersama Syeikh Dr. Ekrima Said 🇵🇸  & Syeikh Dr. Usamah al-Azhariy 🇪🇬
March 3, 2025
YB TMA Rasmikan Seminar Fiqh Taayush Dalam Gagasan Malaysia Madani
March 3, 2025
Show all

YB TMA Buat Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja

Alhamdulillah, sempat hadiri sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25hb Februari 2025 lepas. Sesi kali ini berlangsung dengan tenang dan informatif. Soalan diajukan secara terhormat dan jawapan diberikan secara tuntas dan jelas.

Syukur, saya sempat membuat penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Dewan Rakyat. Banyak isu yang dibangkitkan memerlukan jawapan dan pencerahan. Terima kasih kepada semua petugas dan agensi yang membantu membuat persediaan dan menyediakan maklumat untuk perbahasan. Moga diberkati segala usaha dan amal.

Sewaktu sesi penggulungan tersebut, saya tegaskan bahawa usaha memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah bukan sahaja memperkasa agama Islam, tetapi juga memastikan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih baik dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Dengan pelaksanaan dasar yang lebih menyeluruh, peningkatan kapasiti mahkamah, dan kerjasama erat antara pelbagai pihak berkepentingan, Mahkamah Syariah akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam memenuhi tuntutan syariah dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Secara keseluruhan, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah untuk memperkukuh kedudukan agama Islam di semua peringkat lapisan masyarakat dan memastikan ia dilindungi dan dipelihara dengan baik, hal ini selaras dengan Prinsip Maqasid Syariah dalam kerangka Perlembagaan Negara.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support