
YB TMA Buat Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
March 3, 2025
YB TMA Terima Kunjungan Abu Hurairah Animal Society & Sejahtera Centre di Parlimen
March 5, 2025










Alhamdulillah, saya telah menjawab soalan YB Permatang Pauh sewaktu sesi pagi di Dewan Rakyat pada 27hb Februari 2025. Saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI telah menaikkan elaun guru takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan; serta menambah bilangan guru takmir daripada 4,000 kepada 5,000 orang sebagai langkah menambah baik tenaga pengajar agama di seluruh negara.
Pada sesi petang pula terlibat dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Agensi Persekutuan Bagi Tahun 2023 pula. Terima kasih kepada semua petugas khususnya Tabung Haji yang membantu memberikan maklumat terkini dan tepat bagi sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara kali ini.

















Terdahulu, sementara menunggu giliran untuk berbahas Laporan Ketua Audit Negara, saya bergegas sebentar dari Dewan Rakyat ke Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Seminar Fiqh Taayush Dalam Gagasan Malaysia Madani anjuran IKIM.
Saya nyatakan bahawa sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab untuk menjadi contoh terbaik dalam akhlak dan adab, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad).
Dengan menunjukkan sikap yang baik, kita bukan sahaja dapat memperkukuhkan keharmonian dalam negara, tetapi juga mengubah persepsi dunia terhadap Islam sebagai agama keamanan dan keadilan. Saya juga menyeru semua pihak untuk terus berusaha memperkukuhkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia berasaskan prinsip keadilan, keamanan, dan perpaduan yang sejati.
Usai di sana, terus bergerak ke Parlimen semula untuk mendengar perbahasan ahli-ahli Parlimen dan seterusnya menunggu giliran saya pula untuk berbahas. Pada sebelah malamnya, saya berforum secara langsung dalam rancangan Analisis Madani di TVAlhijrah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾