YB TMA Terima Kunjungan Abu Hurairah Animal Society & Sejahtera Centre di Parlimen

YB TMA Rasmikan Seminar Fiqh Taayush Dalam Gagasan Malaysia Madani
March 3, 2025
YB TMA Santuni Anak-Anak Yatim Rumah Bakti al-Kausar, di Bangi
March 5, 2025
YB TMA Rasmikan Seminar Fiqh Taayush Dalam Gagasan Malaysia Madani
March 3, 2025
YB TMA Santuni Anak-Anak Yatim Rumah Bakti al-Kausar, di Bangi
March 5, 2025
Show all

YB TMA Terima Kunjungan Abu Hurairah Animal Society & Sejahtera Centre di Parlimen

Menerima kunjungan sahabat-sahabat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari Abu Hurairah Animal Society dan Sejahtera Centre di Parlimen.

Kami membincangkan beberapa inisiatif mengenai kesedaran dan kefahaman terhadap kebajikan haiwan.

Kejadian pembunuhan haiwan di Universiti Malaya baru-baru ini, menunjukkan bahawa usaha kesedaran perlu diteruskan secara strategik.

Saya turut menerima hadiah buku khas berjudul “Tails of Triumph, Chronicles of Rescued Animals at IIUM”.

Buku ini mengumpulkan kisah-kisah haiwan yang berjaya diselamatkan dan telah memberi aura positif kepada kampus.

Saya mengenali beberapa nama, antaranya ‘Tory’, kucing comel yang selalu melepak di bawah kereta saya, semasa berkhidmat di UIAM.

Diiringi doa untuk usaha murni ini, insya-Allah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم‏ الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Dari Abdillah bin Amr, dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda; “Orang-orang yang menyayangi orang lain, mereka disayangi oleh (Allah) Yang Maha Penyayang. Maka sayangilah apa yang ada di bumi, niscaya kalian disayangi oleh Yang berada di langit.” (HR At-Tirmidzi).

Saya dan keluarga juga mempunyai Rumah Kucing kami sendiri. Kami ada tiga ekor kucing – ‘Lola’, ‘Coco’ dan ‘Noddy’. Kebersihan dan kesihatan mesti diberi perhatian.

Pengalaman ketika melawat beberapa negara khususnya di Turkiye, menyaksikan pengurusan haiwan yang baik. Bahkan amalan waqf untuk kebajikan haiwan juga telah lama menjadi tradisi.

Saya pernah melawat Uskudar di Istanbul melihat bagaimana PBT di sana mempunyai sistem pengurusan haiwan yang sangat bagus. Juga melawat Universiti Karabuk di mana terdapatnya Pusat Jagaan Haiwan yang diuruskan staf dan pelajar.

Di Malaysia juga sudah ada inisiatif yang bagus. Antaranya Majlis Perbandaran Kangar dengan kerjasama NGO mengusahakan projek Bustana Kucing di Perlis. Saya pernah melawat Bustana Kucing dan MasyaAllah, usaha yang sangat baik dilaksanakan. UIAM juga ada Rumah Transit/Jagaan yang dikelolakan Abu Hurairah Club dan Abu Hurairah Animal Society.

Mungkin boleh pelajari sesuatu dengan usaha-usaha ini seperti aspek waqf dan pengurusan haiwan yang sistematik.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support