YB TMA Hadiri Majlis Berbuka Puasa di Parlimen Malaysia

Jom perbanyakkan tadarus al-Quran sepanjang Ramadan!
March 6, 2025
YB TMA Tampil Pada Hari Terakhir Sidang Dewan Rakyat
March 6, 2025
Jom perbanyakkan tadarus al-Quran sepanjang Ramadan!
March 6, 2025
YB TMA Tampil Pada Hari Terakhir Sidang Dewan Rakyat
March 6, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Majlis Berbuka Puasa di Parlimen Malaysia

Alhamdulillah, hadiri Majlis Berbuka Puasa Parlimen Malaysia. Sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat habis lewat menghampiri jam 7 petang semalam. YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri I, Timbalan Perdana Menteri II, Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat turut hadir meraikan ahli parlimen.

Bukan Ahli Parlimen Muslim sahaja hadir; tetapi juga yang bukan Muslim. Para Ahli Parlimen Pembangkang juga turut memeriahkan Majlis Berbuka Puasa. Ada juga Ahli Parlimen bukan Muslim yang memaklumkan mereka juga cuba berpuasa.

Jelas nampak keharmonian – hormat menghormati antara satu sama lain. Inilah Malaysia yang seharusnya kita bina – saling menghormati, saling membantu dan saling memahami. Bersama-sama kita pertahankan keharmonian negara kita yang tercinta.

•••

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita mesti terus fokus membuat kebaikan dan menyebarkannya seluas-luasnya. Terus gandakan amalan, tunjukkan akhlak mulia dan buat kebaikan sebanyak-banyaknya. Tiada masa untuk termakan dengan hasutan mahupun gangguan yang mencemarkan Ramadan.

Tolak fitnah, buang jauh-jauh politik kebencian; sebarkan salam, suburkan kasih dan sayang.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support