
YB TMA Hadiri Majlis Berbuka Puasa di Parlimen Malaysia
March 6, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Berbuka Puasa & Solat Berjemaah di Istana Negara
March 7, 2025



Hari terakhir Sidang Dewan Rakyat yang akan ditangguhkan ke Sidang Mesyuarat yang akan datang. Dewan Negara masih bersidang sehingga 25hb Mac 2025. Semua ahli parlimen diminta untuk mengosongkan meja dan mengambil semua dokumen yang disediakan sebelum ini.
Parlimen akan sedikit lengang selepas ini, kerana hanya Senator Dewan Negara yang masih bersidang dan berbahas. Berbanding Dewan Negara yang terdiri daripada 70 Senator, Dewan Rakyat diwakili oleh 222 Ahli Parlimen.










Pulang dari Parlimen, seperti biasa, terus istiqamah solat berjemaah dan bertadarus bersama para pegawai dan petugas pejabat saya, pada waktu rehat Zohor. Surau Tingkat 9, Kompleks Islam Putrajaya dengan pemandangan luar yang mendamaikan, memberikan kesegaran tersendiri, meski masing-masing berpuasa.
Petugas pejabat dan agensi lain pun turut sama sertai. Setiap Ramadan, kami akan bertadarus dan diakhiri dengan majlis kecil-kecilan khatam al-Quran. Nampak kecil, tetapi inilah ruang untuk merapatkan ukhwah dan memperkukuh silaturahim. Bersama suburkan kedamaian dan menolak kebencian.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat!
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾