YB TMA Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran di Istana Negara

YB TMA Hadiri Majlis Berbuka Puasa & Solat Berjemaah di Istana Negara
March 7, 2025
Jadual Padat YB TMA Sewaktu Lawatan Kerja ke Terengganu
March 10, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Berbuka Puasa & Solat Berjemaah di Istana Negara
March 7, 2025
Jadual Padat YB TMA Sewaktu Lawatan Kerja ke Terengganu
March 10, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran di Istana Negara

Alhamdulillah, saya memenuhi undangan ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2025. KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat tersebut.

Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 32 penerima. Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara pada hari ini (7 Mac), turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa menunggu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran bermula, saya sempat menekuni khat Al-Quran di Balairung Seri Istana Negara. Dua ayat yang terletak betul-betul di atas singgahsana iaitu Surah Ali ‘Imran ayat 26 dan Surah Al-A’raf ayat 156.

•••

Ali ‘Imran, Ayat 26:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

•••

Al-A’raf, Ayat 156:

۞ وَاكْتُبْ لَنَا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ اِنَّا هُدْنَآ اِلَيْكَۗ قَالَ عَذَابِيْٓ اُصِيْبُ بِهٖ مَنْ اَشَاۤءُۚ وَرَحْمَتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍۗ فَسَاَكْتُبُهَا لِلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكٰوةَ وَالَّذِيْنَ هُمْ بِاٰيٰتِنَا يُؤْمِنُوْنَۚ

“Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat. Sungguh, kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. (Allah) berfirman, “Siksa-Ku akan Aku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.”

•••

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support