
YB TMA Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran di Istana Negara
March 7, 2025
YB TMA Teruskan Sesi di Dewan Negara & Tadarus Al-Quran di KIP
March 10, 2025




























Alhamdulillah, mengharungi jadual yang padat tapi cukup bermakna dalam Lawatan Kerja Rasmi ke Negeri Terengganu Darul Iman. Menghadiri dan merasmikan Multaqa Imam dan Guru Takmir Negeri Terengganu anjuran YADIM dan UNISZA, bertempat di Dewan Hospital UNISZA. Alhamdulillah, walau dalam bulan Ramadan, kehadiran yang sangat memberangsangkan.
Sesi dialog dengan imam-imam dan guru-guru takmir juga sangat interaktif. Pelbagai soalan dan pandangan dilontarkan oleh peserta Multaqa. Malahan, ada cadangan dan permintaan untuk mengadakan lagi Multaqa ini dengan saiz yang lebih besar dan ramai.
Saya tegaskan bahawa agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mempergiatkan usaha untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini. Antara yang akan dilakukan adalah memperhebatkan lagi program advokasi dan kefahaman berkaitan hal ehwal agama Islam kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
















Saya turut mengisi sesi Wacana dan Dialog Madani bersama pelajar IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Seronok dapat berinteraksi dan berdialog dengan mahasiswa dan mahasiswi di sana.
Saya nyatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia, saya sangat berbangga kerana kita kini menjadi ‘trend setter’ atau ‘thought leader’ untuk memacu dan menerajui ASEAN sebaiknya. Malaysia menjadi rujukan serantau dan dunia.
Rakyat Malaysia perlu disibukkan dengan perkara yang lebih produktif, membina dan mendamaikan. Kita tidak boleh hilang fokus sekiranya ingin membawa Malaysia ke arah lebih gemilang di persada dunia.











Usai program di UNISZA dan IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail, saya sampaikan sumbangan kepada 200 orang penduduk di Kuala Nerus, Terengganu. Sumbangan berupa barang makanan dan wang tunai. Sempat berbual ringkas bertanya khabar dengan penerima. Ada yang sudah berumur 93 tahun, subhanallah!
Moga dapat meringankan sedikit keperluan keluarga di bulan Ramadan ini. Majlis diadakan di Surau Buluh Kuala Nerus. Cantik dan unik Surau Buluh ini. Damai dan cukup menginspirasikan!











Seterusnya, Majlis Berbuka Puasa bersama Asatizah dan Pemimpin Komuniti di bumi Terengganu Darul Iman. Sebelum berbuka, kami adakan Sesi Dialog mengenai hal ehwal agama Islam. Sesi Dialog sangat menarik dengan soalan dan pandangan yang dilontarkan oleh hadirin. Saya sempat bersalaman dan bertanya khabar dengan peserta dan tetamu yang hadir.









Meneruskan aktiviti di Terengganu, dengan bersahur bersama anak-anak SBPI Batu Rakit. Juadah sahur pun sedap-sedap belaka. Saya diminta oleh Pengetua untuk sampaikan nasihat dan amanat kepada anak-anak. Seronok dapat bersahur dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar.
Sejuk mata memandang; melihat anak-anak ini yang bukan sahaja bakal menjadi huffaz – tetapi berdisiplin dan bersopan santun. Mendoakan semuanya berjaya dunia akhirat, insya-Allah.
Alhamdulillah, Ramadan yang produktif!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾