
Artikel YB TMA Disiarkan Di Berita Harian
March 20, 2025
Dewan Negara Lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
March 25, 2025











Alhamdulillah, hari ini, saya berkesempatan menziarahi sahabat saya, al-Fadhil Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud, Pegawai JAKIM dan juga seorang pendakwah yang tidak asing lagi. Beliau kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang selepas menerima ujian kesihatan pada minggu lalu.
Syukur, beliau kelihatan cekal mengikuti proses pemulihan dan menunjukkan perkembangan sangat positif. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya setulus hati berdoa agar Ustaz Zarifi diberikan kesembuhan dan kembali aktif dalam perjuangan menyampaikan dakwah.
Marilah kita mengambil kesempatan di 10 ramadan terakhir untuk kita berdoa agar Ustaz Zarifi diberi kesembuhan, insya-Allah. Amiin.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat!
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾