
YB TMA Ziarahi Ustaz Zarifi Daud, Doakan Kesembuhan Segera
March 25, 2025
YB TMA Santuni Warga Sandakan, Tampil Di Ramadan Jazz 2.0
March 25, 2025










Syukur, secara rasminya RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Negara.
•••
Undi bacaan kali kedua:
Sokong 46
Tidak sokong 0
Tidak Undi 1
Tidak hadir 10.•••
Undi peringkat Jawatankuasa:
Sokong 47
Tidak Sokong 0
Tidak undi 1
Tidak hadir 9
•••
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sendiri membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 di Dewan Negara. Pindaan Perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Negara.
Sedikit info mengenai Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Sebelum ini, Malaysia mempunyai Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 (Akta 394).
Akta 394 ini mengasingkan perkhidmatan Parlimen daripada perkhidmatan awam lain diurus selia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Akta 394 walaubagaimanapun dimansuhkan pada 1992; iaitu sewaktu era pentadbiran Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun).
Sejelasnya, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 akan menjadikan Parlimen dapat melaksanakan fungsi perlembagaannya secara bebas. Sidang Dewan Negara akan berakhir pada 25 Mac ini, insya-Allah.










Alhamdulillah, meskipun dihimpit jadual program turun ke lapangan di seluruh negara – dan sesi Dewan Negara yang agak padat, tetap mencari ruang untuk memastikan mesyuarat mingguan bersama para pegawai saya dapat dijalankan. Mesyuarat dan perbincangan ini menjadi landasan untuk gerak kerja yang lebih baik.
Dengan adanya perancangan yang dibuat, hala tuju dan objektif pejabat saya dapat ditentukan. Pemahaman para pegawai dan petugas adalah elemen penting dalam penugasan kerja serta bagi memastikan kelancaran program. Kami tak ramai, tapi kami ada.
Saya tegaskan bahawa bukan berapa ramai kakitangan yang pejabat saya miliki menjadi ukuran, tetapi sejauh mana kita mampu memperluas potensi serta memperkukuh jaringan dan kerjasama bersama pelbagai pihak khususnya agensi berkaitan.
Hal ini demi memastikan rakyat di lapangan dapat lebih memahami dan merasai apa yang sedang, telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Madani di bawah inisiatif #MadaniMembantu, demi memastikan tanah air kita dapat terus kukuh dengan perpaduan dan keharmonian.





Saya turut hadir ke Majlis Berbuka Puasa International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dengan tema ‘In Remembrance of Palestine’. Bahagia dapat bertemu sahabat-sahabat dan kenalan.
Sempat berbual dengan sahabat saya, Syeikh Muhammad Idrissi yang merupakan antara pengasas Islamic University of Spain Al-Andalusia, di Seville. Universiti ini menawarkan program pengajian Islam dalam Bahasa Sepanyol dan Bahasa Arab. Beliau datang jauh dari Seville dalam bulan Ramadhan untuk meneroka peluang kerjasama dengan institusi di Malaysia.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾