
Aidilfitri Membentuk Fitrah Hidup Dalam Budaya Rahmah
April 1, 2025
#MadaniMembantu: YB TMA Santuni Warga Kedah Darul Aman
April 7, 2025













Alhamdulillah, pada pagi ini, saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Subang Jaya dan menyerahkan sedikit sumbangan.
Turut hadir bersama ialah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (Ketua Pengarah IKIM); En. Ridzuan dan En. Hayazi dari QSR Brands; Tn. Hj. Ahmad Fuad; En. Aliskandar berserta pegawai-pegawai IKIM dan para media.
Sempat bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan mangsa dan ahli keluarga yang ditempatkan di PPS.
Mendengar penuh khusyuk cerita dan pengalaman keluarga yang melalui ujian hebat ini terutama yang mengalami kehilangan total kediaman dan harta benda mereka.
Difahamkan bahawa kebanyakan mangsa datang dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Taman Harmoni yang terjejas teruk.
Lebih kurang 96 buah keluarga merangkumi 330 orang mangsa ditempatkan di PPS tersebut.
•••
Terdahulu, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan sumbangan awal sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata ia adalah sebagai tanda solidariti dan keprihatinan untuk meringankan beban mereka yang sedang diuji dengan bencana itu.
•••


















Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berwajip agensi negeri dan persekutuan yang menyelaraskan kesemua urusan dengan sangat baik dan cemerlang.
Saya merakamkan penghargaan setulusnya kepada semua yang terlibat dalam pengurusan bencana ini termasuk pihak berkuasa tempatan, Badan Masyarakat Madani (CSO), warga masjid dan sukarelawan atas usaha pantas serta kerjasama padu yang ditunjukkan.
Lebih indah, melihat suasana harmoni orang Islam dan bukan Muslim bersama-sama bantu membantu antara satu sama lain – atas semangat #KitaKawan.
Sememangnya terbaik!
Terima kasih Institut Kefahaman Islam Malaysia, QSR dan semua.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾