
#MadaniMembantu: YB TMA Santuni Mangsa di PPS Dewan Masjid Putra Heights
April 7, 2025
Takbir Raya Bukan Untuk Dipermainkan & Dijadikan Bahan Gurauan – YB TMA
April 9, 2025










Sepanjang Ramadan 1446H/2025M, saya telah melakukan Lawatan Kerja Rasmi ke beberapa buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Selangor, Perak dan Kedah. Di Kedah, saya telah menggerakkan pasukan saya untuk menjayakan beberapa buah program dalam jadual yang padat.
Sertai program singgah sahur di Sekolah Menengah Agama Darul Saadah, Alor Setar, Kedah. Seronok dan bahagia dapat bertemu dengan anak-anak Darul Saadah. Saya sampaikan perkongsian ringkas beri semangat untuk anak-anak di sini. Walaupun waktu Subuh, tetapi anak-anak semuanya ceria dan bersemangat. Terbaik!









Saya turut menghadiri program Wanita Darul Aman Bertadabbur anjuran Akademi Kepimpinan Darul Aman dan Pusat Pendidikan al-Azhar. Lebih 300 peserta kalangan wanita yang hadir bertadabbur al-Quran. Program ini akan diadakan setiap bulan dan dikembangkan di tempat-tempat lain. Dengan semangat #MadaniMembantu, saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada penerima yang memerlukan.











Saya dan pasukan turut membuat edaran bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Alor Setar. Seronok dapat berbual dengan penduduk Kedah; termasuk masyarakat bukan Muslim yang ceria dan ramah belaka. Semuanya mesra dan ramah. Bubur lambuk, makanan rakyat disukai ramai.








Selain itu, saya hadir di Majlis Ilmu Madani dan Penyerahan Sumbangan kepada para Asnaf termasuk penerima OKU berupa barangan dan sedikit wang keperluan. Para OKU sangat dekat dengan jiwa saya, di mana banyak program yang saya susun bersama OKU sewaktu menjadi ahli akademik di USIM dan UIAM – termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu bersama para OKU. Mereka punya keistimewaan dan kecekalan yang tersendiri.
Bertempat di Masjid Al-Ariffin (Ghairu Jame’), Kompleks Pendidikan ABIM – Al Hikmah, Alor Setar, Kedah. Tahniah buat ABIM Kedah, WADAH Kedah, YADIM Kedah dan semua yang terlibat. Moga diberkati segala usaha dan amal.















Saya telah menunaikan Solat Subuh berjemaah di Surau As Saadah, Kampung Manggol, Jitra, Kedah. Saya sampaikan bantuan dan sumbangan di sini. Sempat menziarahi beberapa rumah warga kampung, dan menyantuni yang sakit dan uzur. Di bawah inisiatif #MadaniMembantu, kita mesti terus fokus bersama-sama melakukan kebaikan, insya-Allah.













Sempat singgah di Hospital Pendang, Kedah; menziarahi petugas dan pesakit di sini. Kami disambut dengan penuh mesra Pengarah Hospital dan para petugas. Kami menyerahkan sumbangan wang, barangan keperluan, makanan dan bubur lambuk.
Terima kasih warga Hospital Pendang, YADIM serta ABIM Kedah dan WADAH Kedah yang menjayakan program ini. Saya ucapkan selamat bertugas terutama kepada staf yang dijadualkan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Alhamdulillah, semua warga hospital ceria dan mesra.







Saya juga tampil di Majlis Berbuka Puasa di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Kedah anjuran Akademi Kepimpinan Darul Aman (AKDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan ILP Jitra. Suasana meriah dengan kehadiran ramai pelajar. Kebolehpasaran ILP adalah hebat; dengan 100% mendapat pekerjaan setelah bergraduasi, alhamdulillah.











Saya mengisi Wacana dan Dialog Minda Madani di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Alor Setar, Kedah. Alhamdulillah, ramai yang hadir walaupun dalam bulan Ramadan. Kali ini ramai pelajar bukan Muslim turut serta menghadiri Wacana Madani.
Saya cuba memberikan pencerahan sebaiknya bahawa Gagasan Madani membawa mesej universal dan inklusif; selari dengan prinsip dan semangat Sahifah Madinah yang meraikan kepelbagaian, perpaduan dan keharmonian. Kesatuan rakyat Malaysia perlu terus dipertahankan, kerana kemakmuran tanah air kita bergantung kepada kesungguhan kita untuk memelihara keamanan dan kedamaian Malaysia.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan