
YB TMA Penuhi Undangan Rumah Terbuka Pelbagai Pihak
April 22, 2025
Hubungan Erat China-Malaysia: Memperkukuh Keakraban, Memperkemas Kerjasama 2 Hala
April 22, 2025






























Alhamdulillah, sempat memberi penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah sewaktu Istiadat Pengebumian Negara Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), mantan Perdana Menteri ke-5 di Masjid Negara. Menyaksikan sendiri nilai akhlak YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam menyantuni pemimpin Kerajaan mahupun pembangkang.



PMX tidak canggung untuk mesra bersalaman dan berbual secara budiman dengan para pemimpin pembangkang. Penuh harmoni dan damai.
Mahkamah turut memberi kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Pak Lah.
Upacara penuh istiadat dan tertib itu disertai pemimpin negara, ahli keluarga, serta rakyat daripada pelbagai latar belakang, sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar Almarhum Pak Lah kepada tanah air.






























Moga roh Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, negarawan ulung ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, insya-Allah.
Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
Al-Fatihah.





