YB TMA Santuni Para Pelatih Akademi Daie Muda YADIM

YB TMA Kunjungi Pusara Ustaz Dr. Rumaizuddin Ghazali, Tokoh Dakwah Berjasa
May 7, 2025
YB TMA Hadiri Mesyuarat JK Pemandu bagi Kepengerusian ASEAN, di KLCC
May 7, 2025
YB TMA Kunjungi Pusara Ustaz Dr. Rumaizuddin Ghazali, Tokoh Dakwah Berjasa
May 7, 2025
YB TMA Hadiri Mesyuarat JK Pemandu bagi Kepengerusian ASEAN, di KLCC
May 7, 2025
Show all

YB TMA Santuni Para Pelatih Akademi Daie Muda YADIM

Umpama kembali ke bilik kuliah! Saya menyampaikan pengisian khas kepada peserta Daei Muda YADIM (DMY) yang sedang mengikuti kursus selama 3 bulan di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Hulu Langat.

Seronok berinteraksi dengan anak muda yang bijak, bersemangat dan bervisi masa depan. Saya kongsikan sedikit pengalaman pahit manis suka duka dalam dunia dakwah dalam dan luar negara yang semakin mencabar dan kompleks.

Pengalaman sebenarnya banyak mematangkan kita dan mengajar erti kehidupan dan realiti sebenar masyarakat.

Landskap dakwah baharu yang memerlukan pendakwah menyantuni dunia yang sentiasa berubah menuntut mereka lebih kreatif dan berfikir luar kotak untuk mendepaninya. Dakwah pada hari ini tidak lagi boleh bersifat statik seperti dahulu.

Saya jelaskan bahawa perubahan pantas dalam landskap dunia daripada segi budaya, teknologi, geopolitik hingga kepada corak pemikiran manusia memerlukan para pendakwah untuk tampil lebih strategik dan berani mencuba pendekatan yang bukan biasa.

Pendakwah juga perlu menguasai kemahiran baharu yang mampu membantu mereka melaksanakan tanggungjawab dalam suasana yang lebih kompleks dan mencabar.

Saya memberi contoh bagaimana pendekatan dakwah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam yang berjaya mentadbir Madinah yang dihuni oleh penduduk daripada pelbagai latar belakang. Melalui Piagam Madinah jelasnya, baginda berjaya mengurus kota tersebut daripada aspek politik, ekonomi, sosial dan agama dengan penuh kebijaksanaan.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Puan Suhaila Sahibul Ghani dan Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at, Puan Rohaizah Jawahir.

Moga ada manfaat, insya-Allah.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support