
Ziarah Ilmiah Sheikh Majd Makki
May 6, 2025
YB TMA Santuni Para Pelatih Akademi Daie Muda YADIM
May 7, 2025





















Usai Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di KLCC, terus bergegas ke Bandar Bukit Mahkota – untuk memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat baik saya, Almarhum Prof. Ustaz Dr. Rumaizuddin Ghazali.
Sempat bertemu dengan keluarga termasuk anak-anak Almarhum. Kali terakhir bertemu Almarhum adalah semasa program Ramadan di Sandakan, Sabah dan Majlis Aidilfitri WADAH Pusat di Sungai Merab, baru-baru ini.
Walaupun uzur, pada akhir hayatnya, Almarhum tetap bersemangat menyusun atur program dakwah dan menyelia pelajar di Sabah.





































Kami sama-sama pernah memenangi Anugerah Buku Terbaik Peringkat Kebangsaan pada 2012, di mana Almarhum memenangi kategori buku Bahasa Melayu dan saya kategori Bahasa Inggeris.
Ustaz Rumai merupakan tokoh dakwah dan penulis prolifik yang aktif dalam gerakan dakwah sejak zaman persekolahan, termasuk dalam ABIM Mesir dan ABIM Pusat, serta pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden ABIM Pusat. Sepanjang hayatnya, beliau telah menyumbang lebih 15 buah karya ilmiah dalam bidang dakwah, pemikiran Islam dan politik.
Sosok tubuh ini tidak pernah mengenal erti penat lelah menyampaikan ilmu walaupun dalam keadaan macam mana sekali pun, ilmu tetap nombor satu.
Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Innalillahi wainna ilayhi rajiun.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.





