
YB TMA Aktifkan Rutin Kayuhan di Sekitar Putrajaya
May 20, 2025
YB TMA Seru Umat Islam Contohi Malcolm X, Sebarkan Risalah Islam Universal Merentas Ideologi & Warna Kulit
May 22, 2025





Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bil. 1 Tahun 2025 dipengerusikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Perbincangan strategik melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani isu dadah yang terus membelenggu masyarakat.
Mesyuarat itu meluluskan Pelan Komunikasi Antidadah 2025–2027 bagi memastikan pendekatan menyeluruh, strategik dan tegas diambil dalam membanteras penyalahgunaan dadah.
Kemunculan dadah bentuk baharu termasuk vape berperisa ‘mushroom’ antara cabaran besar untuk membasmi dadah ini. Vape ‘mushroom’ ini mengandungi bahan psikoaktif seperti psilocybin dan psilocin yang berisiko tinggi menyebabkan halusinasi dan gangguan mental, malah lebih kuat dari dadah biasa.
Data menunjukkan bahawa golongan terjebak dengan dadah majoritinya dipengaruhi dua faktor utama iaitu pendidikan dan pekerjaan. Walau apapun usaha yang dilakukan untuk membanteras dadah, menyediakan pendidikan dan pekerjaan yang baik untuk rakyat adalah pendekatan paling ideal dan berkesan untuk jangka masa panjang.
Data menunjukkan lebih tinggi pendidikan dan lebih baik pekerjaan, makin rendah kebarangkalian untuk terjebak dengan dadah. Diiringi doa setulusnya.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾