
YB TMA Seru Banteras Vape Berperisa Mushroom
May 20, 2025
YB TMA Serah Kitab Tafsir “Al-Muin Ala Tadabbur al-Kitab al-Mubin” Kepada PMX
May 22, 2025YB TMA Seru Umat Islam Contohi Malcolm X, Sebarkan Risalah Islam Universal Merentas Ideologi & Warna Kulit




























Merasmikan program “Sambutan Malcolm X 100 Tahun: Kemanusiaan Tanpa Sempadan” yang dianjurkan oleh UNISEL dengan kerjasama Yayasan Penataran Ilmu (YPI) dan Institut Darul Ehsan (IDE). Malcolm X adalah sosok pejuang beretnik Afro di Amerika yang sepanjang hidupnya itu diburu dan diancam kerana menentang keras faham perkauman ekstrem kulit putih di Amerika Syarikat.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan @Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperkenalkan perjuangan Malcolm X kepada khalayak Malaysia pada 1996 lagi menerusi Tayangan Perdana Filem Malcolm X dengan kerjasama TV3 yang dibintangi Denzel Washington.
Saya masih ingat pada waktu itu, sama-sama menonton di Pusat Matrikulasi UIAM Lembah Pantai.
PMX sering menekankan betapa tingginya konsep karamah insan dalam Islam melalui peristiwa dan pengajaran apabila Malcolm X menyaksikan dengan matanya sendiri – himpunan raksasa jemaah haji dari seluruh dunia bersidang di ‘Arafah dengan hanya memakai kain ihram berwarna putih; menandakan persamaan manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau status sosial.












Dalam ucapan di UNISEL, antaranya saya berkongsi pengalaman ketika berkhidmat di New York dan mengunjungi masjid-masjid di kawasan Harlem. Saya juga menyentuh mengenai hubungan Muhammad Ali dan Malcolm X yang sangat menarik untuk dikaji.
Pandangan alam Malcolm X berubah sepenuhnya setelah menunaikan haji pada 1964. Daripada seorang bersifat perkauman menjadi insan yang mengangkat kemanusiaan dan mengiktiraf kewujudan bersama secara damai dalam kepelbagaian.
PMX sering menekankan betapa tingginya konsep karamah insan dalam Islam melalui peristiwa dan pengajaran apabila Malcolm X menyaksikan dengan matanya sendiri – himpunan raksasa jemaah haji dari seluruh dunia bersidang di ‘Arafah dengan hanya memakai kain ihram berwarna putih; menandakan persamaan manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau status sosial.
Malcolm X menulis, “Eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue, whose hair was blond, blonder than blond, whose skin was whiter than white and we were all the same.”
Tahniah kepada pihak penganjur, semoga semangat perjuangan Malcolm X menjadi inspirasi buat semua, insya-Allah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾