
YB TMA Seru Umat Islam Contohi Malcolm X, Sebarkan Risalah Islam Universal Merentas Ideologi & Warna Kulit
May 22, 2025
YB TMA Hadiri Perasmian #LIMA2025 di Langkawi, Kedah
May 22, 2025
















Alhamdulillah, menunaikan amanah al-Fadhil asy-Syeikh Majd Makki untuk menyampaikan sendiri kitab tafsir “Al-Muin Ala Tadabbur al-Kitab al-Mubin” kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) sewaktu Mesyuarat Pasca Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Alhamdulillah, secara rasminya PMX telah menerima kitab tafsir ini. PMX mengucapkan terima kasih seikhlasnya kepada Syeikh Majd Makki.
Syeikh Majd telah mencatat pesanan khas dalam kitab ini untuk PMX. Malah, Syeikh mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk PMX dan Malaysia serta mengucapkan penghargaan setulusnya.
Beliau merupakan anak murid dan sahabat karib ramai ulama’ tersohor, antaranya Almarhum Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, yang juga akrab dengan PMX sedari era belia.





Sepanjang di Malaysia, Syeikh Majd kerap memakai kopiah Malaysia Madani yang saya hadiahkan. Nyata Syeikh seorang yang sangat budiman, merendah diri, ‘alim dan mesra dengan orang ramai.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾