YB TMA Luncurkan Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz di WTC KL

YB TMA & Mufti Wilayah Iringi KSN, YB Menteri Agama & Jemaah Haji Malaysia di KLIA
May 30, 2025
Malaysia MADANI di Persada ASEAN – YB TMA
May 31, 2025
YB TMA & Mufti Wilayah Iringi KSN, YB Menteri Agama & Jemaah Haji Malaysia di KLIA
May 30, 2025
Malaysia MADANI di Persada ASEAN – YB TMA
May 31, 2025
Show all

YB TMA Luncurkan Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz di WTC KL

Alhamdulillah, menerima penghormatan untuk meluncurkan tiga buah buku sekaligus di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di WTC KL.

1. Edisi Kemas Kini “Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Surah Al-Fatihah”;

2. “Siri Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Riba & Hutang Piutang dalam Muamalat”; dan

3. “Buku Kaannaka Ma’ahu: Kembara Haji Nabi SAW, Seolah-olah Kamu Menunaikan Haji Bersama Baginda” terjemahan Ustaz Muhamad Ismail bin Abdullah dari karya asal Dr. Abdul Wahhab bin Nasir Al-Turayri.

Saya sempat kupas ketiga-tiga buah buku ini secara ringkas. Tahniah Alam Rabbani Media Sdn. Bhd. dan semua yang terlibat!

Ayahanda mertua saya pernah membawa anak kedua saya untuk bertemu Almarhum Tuan Guru Tan Sri Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Saya juga pernah menziarahi kediaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Kunjungan ini telah disambut oleh anak Almarhum Tok Guru sendiri iaitu YB Senator Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz. Saya sempat beramah mesra dengan ahli keluarga Tok Guru yang hadir, selain meninjau bangunan Maahad Tahfiz Nikmatillah yang sedang dalam pembinaan dan terletak berdekatan dengan rumah Tok Guru.

Saya juga turut mengadakan pertemuan bersama Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke-13.

Saya tekankan bahawa perbezaan pendapat seharusnya tidak melarat sehingga memutuskan hubungan silaturahim sesama umat Islam.

Sesungguhnya, silaturrahim ialah amalan dianjurkan Islam dan wajib dilaksanakan oleh orang beriman kerana banyak ayat al-Quran menjelaskan kepentingan memelihara silaturahim dan ukhwah sesama manusia.

Memelihara silaturahim akan membuka pintu rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu wa-Ta’ala terhadap hamba-Nya, sekali gus menyuburkan hubungan sesama manusia. Jom sebarkan salam!

Di PBAKL 2025, sempat juga bawa keluarga saya melawat ke beberapa buah reruai yang menjual buku-buku lama dan baharu tulisan saya. Saya hargai sokongan semua yang membeli dan membaca buku-buku saya.

Jom ke PBAKL 2025, dan jadikan membaca sebagai budaya kita semua! πŸ“šπŸ“–

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support