Malaysia MADANI di Persada ASEAN – YB TMA

YB TMA Luncurkan Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz di WTC KL
May 30, 2025
YB TMA Pengerusikan Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah, di Putrajaya
May 31, 2025
YB TMA Luncurkan Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz di WTC KL
May 30, 2025
YB TMA Pengerusikan Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah, di Putrajaya
May 31, 2025

Sejarah tercipta. Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN 2045: Masa Depan Bersama menggantikan visi terdahulu, ASEAN 2025. Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 menyaksikan pemimpin utama ASEAN menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) mengetuai para pemimpin negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Laos, Vietnam, Filipina, Myanmar.

Turut hadir menyaksikan adalah Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao.

Kishore Mahbubani, dalam bukunya the ASEAN Miracle merumuskan bahawa kejayaan ASEAN mewujudkan rantau yang aman adalah ‘Keajaiban Geopolitik’. Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 menunjukkan pengiktirafan kepada kepimpinan Malaysia pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Saya turut menulis artikel khas sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China. Dengan populasi lebih dari 650 juta orang, ASEAN mencakupi hampir seluruh Asia Tenggara dengan mengandungi pelbagai kaum, etnik, bahasa, agama dan budaya.

Penyertaan GCC dan China menambahkan lagi betapa strategiknya Sidang Kemuncak ASEAN kali ini. Dengan bilangan penduduk China seramai 1.411 bilion dan 57.6 juta di rantau GCC menjadikan pertemuan pimpinan utama negara-negara dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China lebih signifikan dan penting.

Kelebihan sumber tenaga dan kewangan oleh negara GCC serta kekuatan kuasa beli, teknologi dan saiz pasaran negara China, sidang kemuncak ASEAN kali ini pasti menawarkan sesuatu yang signifikan dan membuka peluang yang besar kepada Malaysia dan negara-negara lain.

Tatkala kita sering bernostalgia dengan kehebatan tamadun Islam lampau di Andalusia yang menghasilkan La Convivencia, mengapa tidak ASEAN di bawah teraju Malaysia, berusaha mengecap kemakmuran bersama dengan menghasilkan model kesepakatan serantau menerusi kerangka Al-Taayush atau kewujudan bersama dalam budaya damai.

Alhamdulillah, saya ada pengalaman tersendiri berkenaan ASEAN, bilamana pada 2014-2015, saya terpilih sebagai penerima biasiswa Fulbright US-ASEAN. Seramai 10 orang intelektual muda dari setiap negara ASEAN terpilih untuk melakukan kajian dan berkhidmat di Amerika Syarikat.

Saya terpilih sebagai salah seorang daripadanya dan berkhidmat di New York antara 2014-2015. Saya juga kemudiannya, pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) yang berperanan merancang dan menguruskan program Fulbright bagi Malaysia.

Saya turut merakam pengalaman sewaktu di bumi Uncle Sam dalam buku travelog saya, “Islam Di Barat, Muslim Di Timur”. Travelog ini adalah hasil daripada refleksi peribadi saya terhadap persekitaran, keadaan, suasana termasuk emosi dan perasaan semasa kembara ilmu, dakwah dan spiritual.

Secara khusus, ia melibatkan destinasi Makkah – Madinah – Gaza – Kaherah – Rafah – Alexandria – Zagazig – Tokyo – Kyoto – Sendai – New York – Chicago – Dallas – Boston – Indianapolis – Washington DC. Semoga kita semua terus istiqamah mengamalkan nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi pegangan dan budaya umat Islam, insya-Allah.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 menyaksikan sejarah baharu tercipta dengan pelancaran Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN 2045: Masa Depan Bersama.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support