PMX, USTAZ FAUWAZ, USTAZ FADZIL NOOR & PEMIKIRAN WASATIYAH

YB TMA Tampil Dalam Perbincangan Kumpulan Sasar Projek Dasar Halal Negara 2035, di Putrajaya
June 1, 2025
YB TMA Harungi Jadual Padat dalam Lawatan Kerja ke Kelantan
June 1, 2025
YB TMA Tampil Dalam Perbincangan Kumpulan Sasar Projek Dasar Halal Negara 2035, di Putrajaya
June 1, 2025
YB TMA Harungi Jadual Padat dalam Lawatan Kerja ke Kelantan
June 1, 2025
Show all

PMX, USTAZ FAUWAZ, USTAZ FADZIL NOOR & PEMIKIRAN WASATIYAH

PMX, USTAZ FAUWAZ, USTAZ FADZIL NOOR & PEMIKIRAN WASATIYAH

Alhamdulillah, pertemuan pertama dengan sahabat saya, al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil setelah bergelar Sahibus Samahah. Saya pernah beberapa kali sepentas dengan Ustaz Fauwaz sebelum ini dalam pelbagai program.

Syukur, kini, Ustaz Ahmad Fauwaz sudah bergelar Sahibus Samahah, Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa 23 Mei 2025.

Ustaz Fauwaz merupakan tokoh ilmuwan prolifik dalam bidang perundangan dan kewangan Islam, pendidikan, dakwah serta penyelidikan.

Memiliki Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir serta memegang Sijil Profesional Fatwa di Dar al-Ifta’al-Misriyyah, Ustaz Fauwaz juga memiliki Ijazah Sarjana Usul Fiqh dari Universiti Malaya dan pensijilan antarabangsa seperti Certified Sharia Advisor and Auditor (CSAA) oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI).

Berbicara tentang Ustaz Fauwaz, pastinya kita terkenang ayahanda beliau yang kita semua kasihi, iaitu Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Noor, tokoh wasatiah gerakan Islam yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Saya pernah menziarahi pusara Ustaz Fadzil Noor di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Berasal dari Alor Setar, Kedah, Ustaz Fadzil pernah menjadi Setiausaha Penerangan ABIM (1973 -1974) dan memangku jawatan Presiden ABIM semasa penahanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) di bawah ISA, kerana memperjuangkan isu kemiskinan di Baling, Kedah.

Beliau merupakan sahabat karib kepada PMX dan Almarhum Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil sehingga akhir hayatnya. Ustaz Fadzil pernah mengajar di Maktub Mahmud dan Maahad Tarbiah Islamiah Dehrang bersama Almarhum Syeikh Niamat Yusoff (juga sahabat karib PMX); selain menjadi tenaga pengajar di Sekolah Yayasan Anda Akedemik yang diasaskan PMX.

Selain peranan dalam PAS, beliau pernah terlibat dalam PMRAM di Mesir, Persatuan Ulama Malaysia dan PERKIM Kedah. Pemecatannya sebagai pensyarah UTM akibat bertanding dalam pilihan raya pada 1977 dianggap tidak sah oleh mahkamah.

Ustaz Fadzil dikenali sebagai pemidato hebat, Ketua Pembangkang yang dihormati, serta tokoh yang menekankan keharmonian antara kaum; selari dengan pendekatan Almarhum Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengebumiannya menyaksikan lebih 200,000 hadir memberi penghormatan terakhir. Beliau dikenang sebagai pejuang Islam yang sabar, sederhana, tidak berdendam, dan disegani kawan dan lawan.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati roh Almarhum dan menempatkannya di syurga.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support